Mutiara Kata

Seseorang yang senantiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.

Seseorang yang senantiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.

Seseorang yang senantiasa memberi kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, Ketahuilah ketika itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.

Seseorang yang senantiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang senantiasa mengadu lemah di hadapan Tuhan nya.

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di hatinya.

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang pertapa setia yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian
Bagikan Ke :

terra

Obat Herbal Probiotik