Sudahkah Anda Bersyukur Hari Ini

Subhanallah
Maha Suci ALLAH yang nyawaku dalam gengamanNYA.

Alhamdulilah, banyakkan bersyukur pada ALLAH yang telah bangunkan kita selepas dari kematian kecil semalam dan bersyukur akan nikmat-nikmat yang telah ALLAH berikan pada kita. Berusahalah untuk menggapai redhaNYA dengan mengingati, beriman dan bertaqwa pada ALLAH.

Jadikan pengalaman, pengajaran dan kenangan pahit semalam menjadi sumber kekuatan untuk meneruskan hidup pada hari ini.

Jadikan kebaikan semalam bertambah-tambah baik dengan dihiasi keiman dan ketaqwaan pada Allah.

Dan aku berpesan pada diriku dan pada seluruhnya, taati dan takutlah pada ALLAH dan ikutlah Sunnah Rasulullah SAW.

Mudah-mudahan kita semua akan mendapat kejayaan di dunia dan juga di akhirat.

Insya Allah.



~ 7 Syaaban 1433H ~
LihatTutupKomentar