FAKTA MENARIK MENGENAI ANGKA 1-10 Dalam ISLAM .



Bismillahirrohmanirrohimm ... 

Segala puji bagi Allah yang masih memberikan nikmat kesehatan. Tetap bersyukur atas nikmat sehat, iman kita kali ni.. Walaupun sekedar coretan kecil, semoga bisa bermanfaat..

ANGKA 1:

Istiqamah itu satu jalan. Awalnya kemuliaan, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya adalah Syurga yang menanti.

ANGKA 2:

Dua titisan yang sangat bernilai di hari Akhirat. Dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar:

1) Air mata orang yang menangis [bertaubat kepada ALLAH] terutama di malam hari.
2) Darah para syuhada di medan Jihad Fi Sabilillah.

ANGKA 3:

Tiga perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup Rasulullah SAW:

1) Bau-bauan yang harum {wangi}.
2) Isteri yang solehah.
3) Cahaya mata di dalam solat.

ANGKA 4:

Berkata Sayyidina Ali karamullahu wajhah: Barangsiapa yang diberikan kepadanya empat perkara sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:

1) Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang di haramkan oleh ALLAH.
2) Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3) Malu yang menegahnya dari kejahilan orang2 jahil.
4) Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.

ANGKA 5:

Berkata seorang soleh: Ubat bagi hati itu ada pada lima perkara:

1) Membaca al-Quran dengan tadabbur [ulang2 & menghayati ayat]
2) Kosong perut.
3) Melakukan Qiamullail.
4) Memohon ampun di waktu sahur.
5) Mendampingi orang2 soleh [ulamak].

ANGKA 6:

Enam cara2 menghindarkan dari iblis:

1) Bertaqwa kepada ALLAH SWT di mana sahaja.
2) Selalu meminta pertolongan daripada ALLAH SWT.
3) Selalu berzikir dan berwirid.
4) Memperbaharui taubat.
5) Memperbanyakkan istighfar.
6) Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanafaat.

ANGKA 7:

Tujuh anak-anak Rasulullah SAW:

1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Fatimah
7) Umi kalsum

ANGKA 8:

Senjata-senjata perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada Islam dan umatnya:

1) Air mata
2) Merajuk dan suka bermanja-manja
3) Berhias diri dan bergaya
4) Berpura-pura sakit
5) Senyuman
6) Penipuan
7) Kata-kata yang manis
 Mempertakuti bahawa ia akan lari.

ANGKA 9:

Bila taqwa tidak ada, maka para ulama akan dikuasai oleh sembilan nafsu-nafsu berikut:

1) Sombong atau ego
2) Ujub dan riya'
3) Hasad dengki
4) Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5) Ingin berlawan terutama sesama ulama.
6) Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat, dan wang ringgit
7) Pemarah
 Ingin di hormati (gila puji)
9) Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.

ANGKA 10:

Ada sepuluh macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:

1) Para Nabi dan Rasul
2) Para ahli Jihad [mujahid]
3) Para ahli Ulama
4) Para Syuhada
5) Huffazul Quran
6) Imam atau Pemimpin Yang Adil
7) Muazzin
 Wanita yang mati kerana kelahiran [beranak]
9) Orang yang mati di-bunuh atau di-aniaya
10) Orang yang mati pada siang atau di malam Jumaat.


Semoga bermanfaat, diizinkan copas atau share ..
Sempatkanlah baca walaupun hanya kejap ya ^^ ..
Salam santun ukhuwah fillah .. 
LihatTutupKomentar