“Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsiaKU, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKU yang AKU kasihi.” (Hadis Qudsi).

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Ikhlas itu susah
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji
Ditampal kata mengata
Dirasuk rasa bangga
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati

Firman ALLAH SWT : “Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsiaKU,
Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKU yang AKU
kasihi.” (Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

“Sesungguhnya ALLAH SWT tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga dituntun hati kita dengan CintaNYA,
Terarah langkah kita selari dengan RedhaNYA

Berhati-hatilah menjaga hati

~ 13 Syawal 1433H ~
LihatTutupKomentar