Hormati Orangtua kalian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

Ibubapa adalah insan yang mulia
Kerana mereka kita ada
Tanpa mereka kita takkan wujud di dunia

Ibu mengandung dan melahirkan kita
Ibu dan bapa membesarkan, mendidik dan menjadikan kita manusia berguna
Kerana mereka kita berjaya mencapai cita-cita

Jangan pernah membiarkan mereka mengalirkan airmata duka
Biarlah mereka mengalirkan airmata bahagia
Jangan pernah meninggikan suara pada mereka
Jangan pernah melawan kata-kata mereka
Kerana kasih mereka membawa kita ke syurga
Tempat yang ingin kita tuju di akhirat sana
Hargailah ibubapa sementara mereka masih ada
Bahagiakan mereka
Sayangilah mereka
Belailah mereka
Ibu bapa adalah insan yang paling berharga buat kita



Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.
(Imam Syafie)

الله♥

ALLAH SWT MELIHAT ~ MALAIKAT MENCATAT
LihatTutupKomentar