Bacalah Al-Qur’an.

Hazrat Uqbah bin Amir ra meriwayakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika Al-Qur’an itu dimasukkan ke dalam kulit dan kemudian dicampakkan kedalam api nescaya kulit itu tidak akan terbakar.” [HR Darimi]

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Belajarlah dan bacalah Al-Qur’an kerana sesungguhnya perumpamaan bagi orang yang mempelajari Al-Qur’an kemudian membaca dan terus membaca dan terus membaca Al-Qur’an dalam solat tahajud adalah seumpama satu bekas yang penuh dengan kasturi. Bau kasturi yang wangi ini merebak ke setiap penjuru tempat. Sementara seseorang yang belajar Al-Qur’an kemudian tidur, sedangkan Al-Qur’an berada dalam hatinya adalah seumpama bekas yang penuh dengan kasturi tetapi mulut bekas itu tertutup. [HR Tirmizi, Nasai Ibnu Majah dan Ibnu Hibban]

Hazrat Abdullah bin Abbas ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Qur’an dalam hatinya adalah seumpama rumah yang telah ditinggalkan kosong.” [HR Tirmizi, Darimi dan Hakim]

Subhanallah.
LihatTutupKomentar