Status Facebook

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

Status Facebook pun ALLAH kira juga
Jangan ingat ALLAH itu tidak tahu perkara-perkara online ini
Maka tulislah status-status yang baik
Memberikan manfaat dan tidak pula mencambah dosa

Setiap status itu saham akhirat
Baik status kita orang baca dan mendapat manfaat
Kita akan dapat saham kebaikan
Buruk status kita orang baca dan amalkan
Kita akan dapat saham keburukan

Manusia itu tujuan penciptaannya adalah pengabdian diri kepada ALLAH SWT
Maka berFacebook atau bersosial di alam maya juga perlu tertakluk di dalam tujuan itu
Dan ibadah apakah dinamakan ibadah
Sekiranya disulami dengan maksiat kepada ALLAH

Kurangkan ucapan yang berdendam tetapi perbanyakkan ucapan yang mengasihi.
Kurangkan kata-kata yang mengejek tetapi perbanyakkan kata-kata yang menghargai.
Kurangkan kata-kata yang melemahkan tetapi perbanyakkan kata-kata yang mendorong.
Kurangkan kata-kata kritikan tetapi perbanyakkan kata-kata yang membangun.
Kurangkan kata-kata yang sia-sia tetapi perbanyakkan kata-kata yang mendatangkan inspirasi.
Kurangkan kata-kata yang kasar tetapi perbanyakkan kata-kata yang lemah lembut.
“Hendaklah kata-katamu senantiasa penuh kasih dan jangan hambar.”

Sentiasalah BERFIKIR sebelum berkata dan menaip sesuatu yang akhirnya bakal merugikan kita sendiri kerana mungkin kita takkan sempat bertaubat. MATI tidak menunggu taubat kita.

Jangan aibkan diri sendiri. Biarkan ALLAH SWT sahaja yang tahu dosa kita yang lalu dan teruskan bertaubat dan teman yang benar bukanlah teman yang selalu membenarkan perkataanmu, tetapi yang selalu berkata benar kepadamu.

Moga Facebook itu menjadi sebahagian wasilah kita ke syurgaNYA
Bukan gari yang merantai kita ke nerakaNYA

♥ الله♥

♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥
LihatTutupKomentar