SETIAP yang hidup pasti akan mati. Itulah hakikat makhluk ciptaan ALLAH SWT. Kita seterusnya akan tinggal di Alam Barzakh sebelum berhimpit di akhirat.

7 Destinasi Pengembaraan Roh
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

SETIAP yang hidup pasti akan mati. Itulah hakikat makhluk ciptaan ALLAH SWT.
Kita seterusnya akan tinggal di Alam Barzakh sebelum berhimpit di akhirat.

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi. Dan seandainya seseorang itu tidak lepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar”. [HR Imam At-Tirmizi)

Hadis ini memberitahu kita bahawa jika kita terlepas daripada seksaan kubur, besar kemungkinan kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

SESUNGGUH NYA kematian tidak pernah melupakan kita walaupun sesaat. Kematian tidak pernah jauh bahkan semakin hari semakin dekat. Justeru ALLAH SWT tidak menjanjikan kematian di waktu tua.

Atas kesedaran ini, marilah kita beramal dengan amalan-amalan yang baik agar kubur menjadi tempat yang selamat bagi kita.

♥ الله♥

♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥

~ 22 Muharam 1434H ~
LihatTutupKomentar