Ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.


Ikhlas merupakan salah satu daripada amalan hati. Maksud ikhlas ialah melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan ALLAH SWT, tanpa dicampuri dengan tujuan lain seperti keinginan hawa nafsu, keuntungan, pangkat, harta, kemahsyuran, kedudukan, meminta pujian atau lari dari kejian, mengikut hawa nafsu tersembunyi atau tujuan-tujuan lain yang bukan kerana ALLAH SWT. Sesungguhnya, ALLAH SWT tidak menerima satu amal atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan.

Firman ALLAH SWT : “Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan TuhanNYA, maka hendaklah ia mengerjakan amal salih dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.” [QS Surah Al-Kahfi : Ayat 110]

Diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa’i menjelaskan bahawa Rasulullah SAW juga ada berpesan : “Sesungguhnya ALLAH Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNYA, dan ditujukan hanya untukNYA.”

Tuntasnya, keikhlasan merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap amal. Hal ini kerana keikhlasan merupakan garis pemisah sama ada amalan atau kerja-kerja itu diterima atau ditolak oleh ALLAH SWT. Kerja yang baik mempunyai dua rukun iaitu; pertama, Ikhlas dan betul niat, serta kedua, bertepatan dengan sunnah dan syarak.

ALLAH SWT berfirman tentang amal yang dimaksudkan selain daripada ALLAH SWT akan menjadi sia-sia. Firman Allah SWT : “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu sebagai debu berterbangan” [QS Surah Al-Furqan : Ayat 23]

♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥

♥ ﷲ ♥

~ 22 Zulkaedah 1433H ~
LihatTutupKomentar