DOA SAYIDINA UMAR AL KHATAB UNTUK SAHABAT



Ya ALLAH
Panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya
Terangilah hatinya dengan Nur pancaran iman

Ya ALLAH
Tetapkanlah hatinya, perluaskan rezekinya
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan
Jauhkan hatinya daripada kejahatan
Tunaikanlah hajatnya sama dalam agama, dunia & akhirat

Ya Muhaimin
Jika dia jatuh hati
Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya
bertaut kepada MU
Supaya tidak terjatuh kedalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
Jagalah hatinya
Supaya tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya kepadaMU

Ya Rabbul Izzati
Jika dia rindu..
Rindukanlah dia kepada seseorang yang rindukan syahid di jalanMu

Ya Muhaimin
Jangan biarkan sahabatku yang bertatih terjatuh dalam
perjalanan panjang
Menyeru manusia ke jalanMu

Ya ALLAH Yang Tercinta..
Engkau halalkanlah aku merindui sahabatku
Janganlah sampai aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta HAKIKI
Rindu abadi & kasih sjati hanya untuk MU

Ya ALLAH
Kurniakanlah sahabatku ketenangan, kebahagiaan &
kejaayan hidup
di dunia & akhirat kelak

Ya Rabbul Izzati
Bahagiakanlah hati sahabatku
Sepertimana Engkau bahagiakan hati hambaMU yang lain

~ 17 Ramadhan 1433H ~
Bagikan Ke :

terra

Obat Herbal Probiotik