Bayi Yang Terlahir Suci Orangtua Yang Menjadikan Muslim Atau Kafir

Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : “(Tetaplah atas) fitrah ALLAH yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan ALLAH tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.” [QS Surah Ar-Rum : Ayat 30]

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan
ALLAH) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” [HR Bukhari]

Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi anak yang soleh/solehah, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang solehah dan bapa yang soleh. Justeru, kita perlu mempertingkatkan ketakwaan kepada ALLAH SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa yang disyariatkan oleh Islam.

Banyakkan memohon kepada ALLAH SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada Al-Qur’an atau Hadis.

Antara doa terbaik yang dipetik daripada Al-Quran iaitu : “Rabbi Hab Li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, Innaka Sami’ud Du’a.” Maksudnya : “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMU zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” [QS Surah Ali-Imran : Ayat 38]

~ 17 Ramadhan 1433H ~
Bagikan Ke :

Obat Herbal Probiotik