Demi Massa

~~Demi masa sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka yang menyeru kepada kebenaran dan mereka yang menyeru dengan kesabaran “…Wal –Asr 1-3) ~~

Justeru itu, masa atau nyawa yang masih berbaki kepada setiap insan itu tidak sewajarnya dibiarkan begitu sahaja. Hendaklah kita menjadikannya begitu bernilai dan berharga. Seperti kata pepatah Melayu “ Masa itu ibarat emas “ malah maksud sebuah hadis Rasulullah SAW “ Bahawa masa itu Ibarat pedang yang tajam, Jika kamu tidak memotongnya maka kamu akan dipotongnya “

Jika masa itu diisi dengan aktiviti harian yang tiada manfaat maka ia seumpama menanam pohon lalang, yang tiada berguna dan tiada memberi pulangan apa apa, sepertimana maksud hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah r.a.

“ Diantara tanda kebaikan keIslaman seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna baginya “
LihatTutupKomentar