Kisah Amanah

Seorang pemuda sedang dalam satu
perjalanan yang jauh, merasa amat letih. Dia
pun berhenti berehat di satu kawasan
perkampungan dan melepaskan kudanya
mencari makan di situ. Oleh karena
keletihan, pemuda itu tertidur di bawah
pohon. Kudanya yang kelaparan merumput
di satu kawasan ladang dan memakan
tanaman di situ. Tidak berapa lama
kemudian, sang petani yang memiliki ladang
itu pun balik. Melihat habis tanamannya
musnah, petani itu hilang kesabaran lalu
membunuh kuda yang memakan
tanamannya.

Apabila terjaga dari tidur, pemuda itu
mencari kudanya. Puas dia mencari tidak
juga berjumpa. Akhirnya dia ketemu bangkai
kudanya di sebuah ladang. Melihat keadaan
itu, dia menjadi marah dan mencari
pembunuh kudanya. Dia terus menuju ke
sebuah rumah berdekatan. Begitu
menjumpai tuan rumah, dia terus mengamuk
dan terjadilah pertikaian dan akhirnya petani
itu terbunuh.

Peristiwa itu diketahui orang ramai. Pemuda
itu dibawa berjumpa khalifah untuk diadili.
Mengikut hukum qisas, bunuh dibalas
dengan bunuh. Khalifah memerintahkan
supaya dia dipenjarakan sehari semalam
sebelum dia dipancung pada jam 5.00
keesokan petangnya.
Pemuda itu merayu supaya dia dibolehkan
balik dahulu berjumpa ibunya untuk
menyelesaikan satu perkara yang amat
penting. Khalifah tidak meluluskan rayuan
pemuda itu. Namun pemuda itu tidak
berputus asa dan terus merayu sambil
menyatakan dia mempunyai tanggungjawab
yang mesti dibereskan sebelum dia dihukum
bunuh. Dia berjanji akan balik segera begitu
urusannya selesai.

Khalifah meminta pandangan waris si mati.
Anak petani itu tidak mengizinkan pemuda
itu pergi karena bimbang dia tidak akan
datang lagi untuk menerima hukuman mati.
Berkali-kali pemuda itu merayu dan
bersumpah akan datang semula, namun
tiada seorang pun menunjukkan tanda
simpati. Akhirnya tampil seorang tua menuju
menghadap khalifah menyatakan
kesanggupan untuk menjadi tebusan/
jaminan untuk membolehkan pemuda itu
balik ke rumah.

Orang tua itu tidak lain tidak bukan ialah Abu
Dzar, seorang sahabat Nabi yang banyak
merawikan hadits. Melihat apa yang berlaku,
semua hadirin tercengang dan sebagian
besar memarahi Abu Dzar karena
tindakannya yang membahayakan diri
sendiri. Abu Dzar berjanji untuk menjadi
tebusan dan membolehkan pemuda itu
pulang menyelesaikan masalahnya. Melihat
kejadian ini, pemuda itu menjadi tenang dan
mengikat janji bahwa dia akan kembali
secepatnya untuk dipancung begitu
urusannya selesai.

Abu Dzar faham kegagalan pemuda itu
menunaikan janji akan mengakibatkan
nyawanya tergadai. Ketika ditanya khalifah
bagaimana dia sanggup meletakkan dirinya
dalam keadaan membahayakan, Abu Dzar
menenerangkan demi keluhuran Islam, dia
sangat malu melihat tiada siapapun sanggup
mengulurkan bantuan ketika pemuda asing
itu dalam kesusahan yang amat sangat.
Pemuda itu dibolehkan pulang kerumah
sementara Abu Dzar pula dikurung di
penjara.

Pada keesokkan petangnya, penuh sesak
manusia menuju ke istana khalifah untuk
menyaksikan episode yang mencemaskan.
Ramai menganggap Abu Dzar akan dibunuh
karena kemungkinan besar pemuda itu tidak
akan datang menyerahkan lehernya untuk
dipancung. Saat yang mendebarkan berlaku
ketika beberapa menit lagi jam lima petang,
pemuda itu masih belum tiba.

Abu Dzar dikeluarkan dari kurungan.
Kegagalan pemuda itu menghadirkan diri
akan menyebabkan Abu Dzar menjadi
mangsa. Di saat terakhir, orang ramai
melihat kelebat seorang lelaki menunggang
seekor kuda dengan amat kencang sekali.
Ketika itu riak cemas orang ramai bertukar
menjadi reda. Tepat sekali bagaimana
dijanjikan pemuda itu sampai genap jam lima
petang. Pemuda itu lantas turun di hadapan
Khalifah seraya meminta maaf karena
'terlambat' menyebabkan suasana tegang
dan cemas.

Pemuda itu menerangkan sepatutnya dia
sampai lebih awal, tetpai terlambat
disebabkan tali kudanya putus di tengah
perjalanan. Dia menerangkan urusan yang
dikatakannya amat penting dulu ialah karena
terpaksa menyelesaikan tanggungjawab
sebagai penjaga harta anak-anak yatim dan
menyerahkan tugas itu kepada ibunya.
Pemuda itu berjumpa Abu Dzar untuk
mengucapkan terimakasih di atas
kesanggupannya menjadikan dirinya sebagai
tebusan. Selepas itu dia segera ke tempat
dilakukan hukuman pancung.

 Ketika pengawal hendak menghayun pedangnya ,
tiba-tiba anak petani dengan suara yang kuat
meminta hukuman dibatalkan. Dengan rela
hati dia memaafkan kesalahan pemuda itu,
pemuda itu amat lega dan terus sujud atas
tanda syukur kepada Allah.
 '. ♥ '♥ '. ♥ ' ».................. ♥  '. ♥ '♥ '.
♥ ' ».................. ♥
Kisah ini menggambarkan betapa luhurnya
pribadi individu apabila Islam telah
menyelinap di sanubari. Seseorang sanggup
mengorbankan jiwa dan raganya demi
menjaga maruah Islam untuk mengulurkan
pertolongan kepada orang yang di dalam
kesusahan.

Agama Islam jika diamal dan dihayati
sepenuh jiwa dan raga mampu menjadikan
seseorang berakhlak mulia dan sanggup
mati karena menunaikan janji yang telah
dibuat. Orang Islam semuanya bersaudara
saling bantu-membantu dan sanggup
mengulurkan pertolongan sekiranya ada
saudara berada dalam kesusahan.
LihatTutupKomentar