=>BERBAGAI JENIS GOLONGAN DI MAHSYAR

Bismillahirrohmanirrohim...

Ketahuilah bahwa manusia di bangkitkan menjadi

tiga golongan :

1.golongan berkendaraan.

2.golongan berjalan kaki.

3.golongan yang berjalan di atas kepalanya

sendiri.


Sesungguhnya Dia menjadikan manusia berjalan di atas kepalanya sendiri.HR:Tirmidzi.

Di riwayatkan oleh Mu'adz bin Jabal ra.,katanya: ''saya bertanya:'ya Rosululloh,apakah gerangan maksud firman Alloh Azza Wajjala: pada hari di tiup sangkakala,lalu kamu datang berduyun-duyun'?'' Qs.An-Naba'-18.

Maka jawab Rosululloh:
''wahai Mu'adz! sebenernya engkau telah bertanya tentang persoalan yang amat besar besar!'' lalu berlinang airmata baginda kerana menangis.kemudian baginda bersabda:

''ada sepuluh golongan(SESAT)dari umatku yang di bangkitkan secara terpisah.mereka itu telah di pisahkan oleh Alloh dari kumpulan kaum muslimin yang lain dan di ubah wajah-wajah mereka .ada yang di rupakan seperti monyet, ada seperti babi, ada yang tubuhnya
terbalik(kakinya di atas)dan di seret muka
mereka, ada yang terpotong tangan dan kakinya atau mukanya,ada yang buta tersungkur, ada yang bisu tuli dan tida berakal, ada yang mengunyah-ngunyah lidahnya sendiri yang menjulur sampai ke dada, dari mulut mereka mengalir nanah laksana air liur berbau busuk yang membuat semua orang merasa jijik
kepadanya.

Ada yang terpotong tangan dan kakinya,ada yang di salib di atas palang-palang api,ada yang baunya lebih busuk dari bangkai dan ada pula yang berpakaian jubah-jubah panjang terbuat dari timah cair.

Adapun orang yang berwajah monyet,mereka
adalah orang yang suka menyebarkan fitnah di
antara manusia.
Yang serupa babi adalah orang yang suka makan harta haram dan merampas hak orang lain.
Yang tertelungkup,kepalanya di bawah dan
kakinya di atas adalah kaum pemakan riba.

Yang dalam keadaan buta adalah mereka yang
bertindak zalim dalam pemerintahan.

Yang buta-tuli ialah orang yang suka
ujub(bangga dan sombong) dengan amalannya.

Yang mengunyah-ngunyah lidahnya sendiri adalah para ulama dan hakim yang kata-katanya berlawanan dengan perbuatannya.

Kemudian yang terpotong tangan dan kakinya
adalah orang yang selalu mengganggu tetangganya.

Yang tersalib di atas palang api adalah orang yang suka memfitnah orang lain kepada penguasa.

Yang baunya lebih busuk dari bangkai orang yang selalu memuaskan hawa nafsunya,bergelimang dalam dosa syahwat serta menolak menunaikan hak Alloh dalam harta kekayaannya.

Adapun yang memakai baju panjang(terbuatt dari timah cair) adalah orang yang selalu takabursuka bermegah dan memuji diri.''


begitu sayangnya Nabi shollallohu alaihi wa-sallam kepada umatnya,hingga baginda
menangis.Bagaimana dengan kecintaan kita kepada Nabi?

Yuk sama-sama muhasabah diri berapa besar cinta kita kepada Nabi dengan bentuk pembuktian cinta kepadanya.

Semuga kita terhindar dari sifat muslim munafik yang hanya ucapan cinta tanpa ada usaha untuk meneladani Rosul Junjungan shollallohu alaihi wa-sallam.

''Allohumasholli 'ala muhammad waala alihi
wassalim wabarik 'alaik''



=>KECEMASAN DI HARI MAHSYAR

"manusia akan di bangkitkan(pada hari kiamat)dalam suatu tanah lapang yang terbuka sehingga terdengar oleh mereka seruan malaikat penyeru dan mereka pun tak mampu menyembunyikan diri."

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ تَنْفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ فَانْفُذُوا لا تَنْفُذُونَ إِلا بِسُلْطَانٍ
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ وَنُحَاسٌ فَلا تَنْتَصِرَانِ

"Hai jemaah jin dan manusia, jika kamu sanggup menembus (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusnya melainkan dengan kekuatan.Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?Kepada kamu, (jin dan manusia) dilepaskan nyala api dan cairan tembaga maka kamu tidak dapat menyelamatkan diri (daripadanya)"
Qs.Ar-Rahman:33-35.


Di situlah semua makhluk akan berdesak-desak bagaikan gelombang yang saling menimpa,sedang matahari di rendahkan hingga satu'mil' dari kepala mereka.(HR:Muslim).

"pada hari kiamat,matahari akan turun merendah ke bumi,maka manusia akan berkeringat sehingga pada sebahagian mereka ada yang keringatnya sampai ke mata kakinya,ada yang sampai ke lututnya,ada yang sampai ke pahanya,ada yang sampai ke pinggangnya,ada yang sampai ke mulutnya(dan baginda menunjuk ke mulutnya sendiri)dan ada pula yang sampai tenggelam sama sekali(lalu baginda mengusapkan tangannya ke atas kepala) begini."(HR:Ahmad,Muslim,Tirmidzi).

=>SETIAP ORANG AKAN DI LINDUNGI OLEH SEDEKAHNYA

PADA HARI KIAMAT,tergantung seberapa besar sedekahnya di jalan Alloh Azza Wajjala.

"Tujuh orang yang akan di lindungi Alloh dalam naungan-Nya pada hari yang tiada naungan lain kecuali naungan-Nya,iaitu:

Imam(penguasa)yang adil,

Pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Alloh,

Orang yang hatinya selalu terikat kepada masjid,

Dua orang yang saling mencintai kerana Alloh,berkumpul kerana Alloh dan berpisah kerana Alloh pula,

Seorang lelaki yang di rayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tapi ia menolaknya seraya berkata: 'Aku takut kepada Alloh,'

Orang yang bersedekah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di perbuat oleh tangan kanannya,dan

Seorang yang berzikir kepada Alloh sendirian,lalu matanya menitikkan air mata."HR:Bukhari,Muslim.


''Siapa yang memberi tangguh(utang)orang yang sedang dalam kesulitan atau menghapuskan utangnya itu,maka Alloh akan melindunginya di dalam lindungan-Nya.

Siapa yang ingin melihat keadaan hari kiamat,hendaklah ia membaca ayat2 Al-Quran surat at-Takwir,surat al-Infithar dan surat al-Insyiqaq.

Apabila manusia sudah merasa keletihan di alam Mahsyar,maka mereka akan kebingungan dan mengharap kepada siapa agar ia bersyafaat kepada Alloh supaya segera di adili dan di lepaskan dari penderitaan yang tidak tertahankan itu.

Mereka lalu pergi menemui Nabi Adam as.tp baginda menolak dan menganjurkan kepada Nabi Nuh as.tetapi Nabi Nuh juga menolak dan menganjurkan kepada Nabi Ibrahim,Nabi Ibrahim mengajurkan menemui Nabi Musa as.Nabi Musa mengalihkan kepada Nabi Isa as.Nabi isa menganjurkan menemui Nabi Muhammad shollallohu alaihi wa-sallam.

Maka bagindapun bersabda: Baiklah,aku yang akan memintakan pertolongan bagi kamu!.

Bagindapun menghadap Alloh dan memohon izin kemudian baginda bersujud untuk-Nya sambil mengungkapkan puji-pujian yang belum pernah ada pujian sebelumnya seperti itu sampai baginda di perintahkan oleh Alloh untuk mengangkat kepala dan mengajukan syafaat agar Alloh Azza Wajjala memberikan pertolongan-Nya.hadist2 mengenai peristiwa2 ini bnyak sekali dan termasuk hadist2 shahih dan masyhur.


Itulah yang dinamakan AL-MAQAM AL-MAHMUD(KEDUDUKAN YANG TERPUJI)yang sangat di harap2kan oleh semua orang yang terdahulu dan terkemudian sesuai firman Alloh Azza Wajjala:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.Qs.Al-Isra':79.

Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik.
LihatTutupKomentar