Filled Under:

Cara membaca Surah Yassin yang betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut.

Cara membaca Surah Yassin yang betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratul Maut.
oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

assalamualaikum warohmatullohi wabarokaatuhu.

Kesalahan masyarakat awam dalam 'membantu' seseorang menghadapi Sakaratul Maut.
Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak(sekarat) dengan membaca surah Yasin sendiri-sendiri
dengan beraneka ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan cepat).
Perbuatan begini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut,kaedah apa saja yang seharusnya di lakukan untuk membantu seseorng yang menghadapi sakaratul maut,berikut ini kaedah yang seharusnya diamalkan:

1.Mintalah salah seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk
membaca surah Yasin dan yang lain boleh bersama nyimak.

2.Sebaiknya orang yang diminta itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

3.Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah-mudahan surah yang dibaca bisa
membantu pencabutan nyawa beliau.

4.Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin,berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafazkan "Laa ilaaha illalloh".

5.Kemudian menyambung kembali bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

6.Diteruskan sehingga seorang yang nazak menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu'
saudara atau kerabat dekat kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata-mata melalui ikut adat.Aamiin..

سبحان الله و بحمده .. سبحان الله العظيم

0 komentar:

Post a Comment

Labels

loading...

Copyright @ 2017 Titian Tasbih.

Designed by Aufa | Probiotik