Siapakah Orang Yang Berjaya

Setiap orang yang beriman inginkan kejayaan dalam kehidupannya lebih-lebih lagi kejayaan ini akan membawa kepada kebahagian dunia dan akhirat. Apa yang utama dan penting untuk diperhatikan ialah tanda kepada kejayaan tersebut. Tanda ini menjadi kayu pengukur adakah seseorang telah memperolehinya ataupun gagal.

Imam Ibnu al-Qayyim telah menyebut tanda-tanda kejayaan ini di dalam kitabnya al-Fawaa-id :
“Sesungguhnya seorang hamba apabila bertambah pada ilmunya, bertambahlah rendah diri dan belas kasihannya.

Dan apabila bertambah pada amalnya, bertambahlah takut dan berhati-hatinya
.

Dan apabila bertambah pada umurnya, berkuranglah rasa tamaknya.

Dan apabila bertambah pada hartanya, bertambahlah kepemurahan dan dermawannya.

Dan apabila bertambah pada kedudukan dan kebesarannya, bertambahlah hampirnya dengan orang ramai, menunaikan hajat-hajat mereka dan merendah diri pada mereka”.

Renungkanlah wahai sesiapa yang mengaku beriman akan ungkapan “emas” Imam Ibnu al-Qayyim di atas, adakah tanda-tanda kejayaan yang diungkapkan beliau itu ada pada diri kita? Tepuk dada tanyalah iman…

Golongan yang selamat merupakan mereka yang terjamin kebaikan dan keselamatan aqidah, ibadah, akhlak serta manhaj (methode/jalan) yang ditempuhi. Mereka wujud di tengah-tengah manusia ramai yang sebahagian besarnya telah tersasar dari petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Golongan yang selamat ini jumlah mereka sangat sedikit, mengharungi kehidupan dengan penuh sabar dan tabah dalam beramal, menyebar dan menegakkan sunnah Rasulullah SAW. Mereka disebut oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadith riwayat Imam Ahmad yang bermaksud : "Berbahagialah bagi orang-orang yang asing/dagang : Yaitu orang-orang soleh yang berada ditengah-tengah manusia buruk yang ramai. Orang yang menyalahi mereka lebih ramai daripada orang yang mengikuti mereka."

Oleh itu masukkan diri kita kedalam golongan ini. Tiada keraguan lagi bawa mereka adalah orang-orang yang berbahagia di dunia dan akhirat.

~ 4 Syawal 1433H ~

7 Destinasi Pengembaraan Roh
Bagikan Ke :

Obat Herbal Probiotik