Perkara yang selalu kita terlepas pandang adalah menjaga akhlak sedangkan ia adalah sunnah yang paling utama.


بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم



Terdapat beberapa dalil (hadis) yang menguatkan pendapat di atas.

Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan AKHLAK yang mulia." (Riwayat Imam Malik, Ahmad, Tabrani - keseluruhannya sanadnya adalah sahih)

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya di antara kamu yang paling aku cintai dan yang paling dekat tempatnya di sisiku di hari akhirat ialah mereka yang paling baik akhlaknya...." (Hadis riwayat Imam Tirmizi dengan katanya hadis Hasan. Ada yang menghukumkannya sebagai hadis sahih).

Di dalam hadis yang lain lagi, Baginda SAW bersabda : "Sesungguhnya seorang mukmin dengan akhlaknya yang baik, boleh memperolehi pahala seperti orang yang (sentiasa) berpuasa (di siang hari) dan (sentiasa) bersolat tahajjud (di malam hari)." (Hadis riwayat Imam Abu Daud.)

Rasulullah SAW adalah orang yang paling bertaqwa dan yang paling berakhlak mulia. Baginda SAW diutuskan sebagai penyempurna kepada akhlak yang baik untuk seluruh alam ini. Ada seorang pendakwah yang berkata : "Dunia tidak akan aman selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak!"

Terima kasih Ya ALLAH, kerana mengutuskan Rasulullah SAW yang menjadi contoh dan tauladan kepada kami untuk kami contohi.

Maka oleh itu, janganlah kita mudah berburuk sangka kepada saudara kita atau bertengkar atas hal agama, suka menuduh orang lain, menghina dan mencaci saudaranya yang lain, walhasil apa saja perbuatan buruk yang dilakukan kepada saudaranya (seagama). Jika diteruskan kelakuan begini, masih belum cukup boleh dikatakan kita ini mengamalkan atau menghidupkan sunnah biarpun kita sering melakukan sunnah pada ibadah-ibadah lain, kerana kita sebenarnya sudah meluputkan keutamaan yang utama didahulukan sebelum ibadah-ibadah yang lain. Amatlah rugi sekiranya kita memakai jubah, atau serban sebesar bakul tetapi dalam masa yang sama kita mencaci atau menghina orang lain.

Jadilah orang yang paling dicintai oleh ALLAH SWT dan RasulNYA.

~ 8 Syawal 1433H ~
 
7 Destinasi Pengembaraan Roh
LihatTutupKomentar