Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi  adalah surah ke-18 dalam Al-Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia.

Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.

Ringkasan isi Kandungan surah :

Kekuasaan ALLAH SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa. Dasar-dasar tauhid serta keadilan ALLAH tidak berubah untuk selama-lamanya, kalimah-kalimah ALLAH sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan, Al-Qur’an adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.

Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antara ialah mengenai kekuatan iman terhadap ALLAH SWT serta ibadah yang ikhlas kepadaNYA, kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu), adab sopan-santun antara murid dengan guru dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.

Beberapa hadis berkaitan Surah Al Kahfi :

Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi di dalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada Rasulullah SAW, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan ALLAH kepada yang mengamalkan surah tersebut“. (HR Ahmad, Bukhari, Muslim)

Sabda Rasulullah SAW, “ Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari gangguan dajjal". (HR Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud)

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Juma’at, dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua Juma’at“. (HR Al-Hakim)

Ini adalah sebahagian hadis yang menceritakan tentang kelebihan membaca surah Al-Kahfi. Marilah bersama-sama menghidupkan salah satu sunnah Rasulullah SAW ini.

Jom baca..

~ 8 Syaaban 1433H ~
Bagikan Ke :

terra

Obat Herbal Probiotik