Sakinah/Ketenangan

Apabila sakinah itu Allah berikan dalam kehidupan seseorang, segala RINTANGAN terasa kecil kerana dia sedang bersandar kepada Yang Maha Agung dan Maha Besar.

al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:

"Sakinah itu ketenteraman dan
ketenangan hati nurani.
Asalnya dalam hati nurani dan
zahir kesannya pada anggota."

Demikianlah sakinah hadir dalam jiwa nabi Ibrahim a.s, ketika dilontarkan ke dalam api, hadir dalam jiwa Nabi Musa a.s ketika dia dikepung oleh Firaun.
Demikianlah kepada sekalian para Nabi, terutama Nabi kita Muhamad s.a.w.

Demikianlah sakinah diturunkan ke dalam hati nurani mereka yang beriman dalam kalangan sahabat Nabi s.a.w yang berjuang pada jalan Allah dan menghadapi cabaran.

Firman Allah bermaksud:

"DIA lah yang menurunkan sakinah ke dalam hati nurani orang yang beriman (semasa mereka MARAH angkara musuh) supaya bertambah iman beserta iman mereka yang sedia ada dan Allah mempunyai TENTERA LANGIT dan BUMI (untuk menolong mereka) dan DIA Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.[Surah al-Fath:4]

[Sumber: Dr Asri Zainul Abidin, 'Penawar Duka Pengubat Sengsara', ms:37
LihatTutupKomentar