Berapakah harta yang kita miliki?

Semua orang suka apabila berbicara mengenai harta kekayaan. Mengikut pakar psikologi, mereka yang mempunyai banyak duit di dalam sesuatu akaun bank akan berasa cukup gembira dan positif walaupun hanya melihat logo bank tersebut.

Namun, ada perkiraan harta sebenar yang perlu kita sedar. Contoh kita mempunyai simpanan RM200,000 di dalam akaun bank, kemudian hari ini kita di jemput menemui Ilahi buat selama-lamanya. Nilai RM200,000 tersebut bukan harta kita lagi tetapi harta orang lain yakni anak-anak kita, keluarga dan pewaris kita.

Di mana harta kita? Harta kita yang sebenar-benarnya ialah harta yang kita sedekahkan semasa kita masih hidup. RM2-3 yang kita berikan kepada fakir miskin, RM5 yang kita masukkan ke dalam tabung masjid dan RM10 yang kita infaq fisibalillah itulah harta yang akan di catatkan di dalam transaksi akaun bank akhirat kita.

Harta yang tidak bermanfaat untuk orang lain tidak akan pernah mengikuti kita ke alam yang seterusnya. Jadi jutawankah atau billionairekah kita sebenar-benarnya?

- Petikkan dan adaptasi ceramah Ustaz Dr. Asri (Dr. Maza)

~ 3 Ramadhan 1433H ~
LihatTutupKomentar