Bahaya Menghisap Shisha

Shisha atau dalam bahasa lain iaitu Hookah ini menjadi trend kepada masyarakat di Malaysia sekarang. Kewujudan shisha di Malaysia berpunca dari Orang Arab yang datang ke Malaysia ini. Shisha memang terkenal dengan Orang Arab. Mereka guna shisha selepas makan dan ia dianggap sebagai pencuci mulut.

Ada juga yang mahu tambahan ‘mint’ dalam shisha mereka ini. Cara pemprosesan shisha ini amat mudah dan bahan utamanya adalah arang untuk mendapatkan asapnya. Bukan arang yang hendak bakar satay ok. Ia arang khas untuk shisha. Bahan kedua utama adalah tembakau yang berperisa. Tembakau ini telah diperam lama bersama buah-buahan untuk mendapatkan bau dan rasanya. Tidak kiralah apa perisa yang dimahukan dan bergantung pada permintaan. Harga sekali penggunaan adalah lingkungan RM10 - RM20.

Tahukah anda keburukkan menghisap shisha ini? Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. Nampakkan keburukkan shisha ini.

FAKTA : MENGHISAP SHISHA 70 KALI GANDA BAHAYA DARIPADA MENGHISAP ROKOK!

~ 12 Syaaban 1433H ~
LihatTutupKomentar