Aurat Hati

Aurat di hati juga patut ditutup sama seperti menutup aurat pada tubuh badan. Malah, aurat di hati ni jauh lebih penting. Maksudnya hati jangan lair; hendaklah dijaga selalu.

Kalau hati masih liar walaupun sudah bertudung, maka tingkah laku akan menjadi liar juga, pergaulan bebas, pandangan mata tidak terkawal, keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat-tempat maksiat, maka ketika itu tudung pun tidak akan mampu menjaga maruah dan akhlak diri.

Namun, menjaga elemen dalaman bukan alasan untuk membuang tudung. Kononnya, yg penting hati. Bukan begitu. Seumpama topi keledar. Ia wajib dipakai. Sekalipun kita berhati-hati, mematuhi undang-undang dan sebagainya, namun kadang-kadang kemalangan berlaku juga.

———————–
Allah mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya, bukan bertujuan menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.
Allah menyayangi hamba-Nya lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.
LihatTutupKomentar