Ringkas tapi penuh makna.Bacaan di antara dua sujud

1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku)
3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
4) Warfa’nii (angkatlah darjatku)
5) Warzuqnii (berilah aku rezeki)
6) Wahdinii (berilah aku petunjuk)
7) Wa’Aafinii (sihatkan aku)


7 senjata (doa) ini sering dibaca dalam solat ketika duduk antara dua sujud. Namun kadang kala jarang juga mengamati maknanya. Mungkin kerana ia hanya sunat. Jadi acuh tak acuh pun tidak menjejaskan solat.

Namun, ini adalah bacaan yang Nabi ajar 1400 tahun yang lampau kepada generasi terawal, dan kerana perkara kecil inilah Nabi mampu membentuk manusia hebat ketika itu.

Sekarang bagimana? Kecil pun tak buat, yang besar lagilah payah.Bukanlah banyaknya amalan itu menjadi pengukur hebatnya seseorang di sisi Allah, tetapi, sejauh mana setiap tindakan itu terus berkekalan, ada fokus dan ikhlas untuk-Nya.

Wallahua'lam.
LihatTutupKomentar