Nasihat
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ingatlah wahai diri....
Jangan jadi golongan yang hanya tahu menasihati
sedangkan dirimu tidak sedia untuk dinasihati....
Apabila kita memberikan nasihat kepada seseorang,
pastikan niat kita adalah untuk mengubahnya ke arah kebaikan, bukannya untuk memalukan seseorang.
Nasihat kita adalah untuk membetulkan seseorang, bukannya untuk menjatuhkan maruahnya.
Nasihat yang diberi adalah sebagai tanda kasih sayang, bukannya salam untuk permusuhan sesama kita.
Nasihat adalah untuk menunjukkan manusia ke arah jalan yang benar, bukannya untuk menjauhkan seseorang daripada kebenaran.
Nasihat yang baik wajib disulami dengan bahasa yang indah. Bukannya indah pada bunga bahasa yang kita pentingkan, tetapi tepat pada penggunaan kata.
Ingatlah kata-kata Imam Syafie sebagai panduan untuk kita semasa memberikan nasihat kepada sesiapa sahaja.
"Berikanlah nasihat kepada aku di kala aku sedang bersendirian dan janganlah menasihati aku di kala aku di tengah kerumunan orang. Memberi nasihat di tengah keramaian orang samalah dengan kehinaan dan aku tidak sudi untuk mendengarnya. Apabila engkau tidak bersependapat dengan aku dan aku tidak mahu mematuhi nasihat kamu, maka janganlah kamu marah."
Semoga Allah membukakan hati kita untuk menerima kebenaran.