Malu

Malu adalah lambang iman
yang akan membawa
seseorang ke syurga.
Malu dan amanah adalah
perkara yang mula-mula sekali
hilang dari dunia ini, sebab itu
mintalah dengan ALLAH untuk
kedua-duanya.(Riwayat Bukhari).

Pemalu bukan sahaja
memperlihatkan kemanisan
akhlak dan ketinggian akidah
seseorang wanita.

Malah,memelihara diri wanita itu
sendiri daripada kehinaan dan
kemusnahan peribadi secara
beransur-ansur. Ingatlah kita
ini diperhatikan hakikatnya.

Diperhatikan oleh ALLAH dan
para malaikat untuk dinilai
buat tuaian ladang akhirat.

Diperhatikan oleh manusia juga
untuk dicontohi. Diperhatikan
juga oleh musuh untuk
dipergunakan.

Seorang pujangga mengatakan,
Hidupnya wajah berkat malu,
sebagaimana tanaman berkat
air.”

Malu adalah kunci segala
kebaikan, maka tanamlah sifat
malu supaya kita menjadi
manusia yang lebih
berintegriti .
LihatTutupKomentar