Malu dan amanah

Malu adalah lambang iman yang akan membawa seseorang ke syurga. “Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan ALLAH untuk kedua-duanya.” (Riwayat Bukhari) Pemalu bukan sahaja memperlihatkan kemanisan akhlak dan ketinggian akidah seseorang wanita. Malah, memelihara diri wanita itu sendiri daripada kehinaan dan kemusnahan peribadi secara beransur-ansur. Ingatlah kita ini diperhatikan hakikatnya. Diperhatikan oleh ALLAH dan para malaikat untuk dinilai buat tuaian ladang akhirat. Diperhatikan oleh manusia juga untuk dicontohi. Diperhatikan juga oleh musuh untuk dipergunakan. Seorang pujangga mengatakan, “Hidupnya wajah berkat malu, sebagaimana tanaman berkat air.” Malu adalah kunci segala kebaikan, maka tanamlah sifat malu supaya kita menjadi manusia yang lebih berintegriti.
LihatTutupKomentar