Jagalah waktu-waktu solat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Rasulullah SAW bersabda : "Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang Mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat,"

Sabda Rasulullah SAW : "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam as memakan buah Khuldi. Orang Mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir,"

Setelah itu, Rasulullah membaca ayat yang bermaksud : "Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, solat Maghrib itu adalah di mana taubat Nabi Adam as diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada ALLAH maka ALLAH akan perkenankan,"

Sabda Rasulullah SAW : "Solat Isyak (attamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang Mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, ALLAH SWT haramkan daripada terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath,"

Sabda Rasulullah SAW seterusnya : "Solat Subuh pula, seorang Mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh ALLAH SWT dua kebebasan iaitu :
* Dibebaskan daripada api neraka
* Dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)
Peliharalah solat kita dengan sebaik2nya
LihatTutupKomentar