Fadhilah Sholawat
Sholawat Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam
=>Fadhilat & Khasiatnya
Pengertian Sholawat
Sholawat adalah jamak dari kalimat solat . Sholawat menurut bahasa ertinya ialah doa , rahmat dari Allah,memberi berkah dan ibadat .
Dalam kitab suci Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya sholawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman bersholawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )
Sholawat kepada nabi terdiri dari tiga macam tingkatan :
1. Sholawat Allah kepada Nabi dan Rasulnya , istimewa kepada Nabi Muhammad SHollallohu Alaihi wa-Sallam. bererti Allah memberi rahmat , memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad SHollallohu Alaihi wa-Sallam kepadanya .
2. Sholawat para Malaikat kepada para Nabi dan Rasul dan Nabi Muhammad SHollallohu Alaihi wa-Sallam , bererti malaikat² mendoakan atau memohon rahmat kemuliaan serta keampunan .
3. Sholawat manusia kepada Nabi Muhammad SHollallohu Alaihi wa-Sallam , bererti mengakui kerasulannya , memohon kepada Allah melahirkan keutamaan , kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya .
Hukum Membaca Sholawat ke atas Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam
Para ulama telah memberi berbagai pendapat tentang hukum membaca sholawat ke atas Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam diantaranya :
1. Imam Syafi'i mengatakan , sholawat itu wajib dibacakan dalam tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam .
2. Imam Asy-Sya’bi berpendapat, sholawat wajib dibaca dalam sholat dalam kedua-dua tasyhud awal dan akhir .
3. Abu Jaafar Al-Baqir mengatakan , sholawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dlm tasyahud awal atau akhir .
4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat , sholawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya .
5. Abu Bakar Ar-Razi & Ibnu Hazmin berpendapat , bersholawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .
6. At-Thahawi berpendapat , sholawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad SHollallohu Alaihi wa-Sallam
7. Az-Zamakhsyari berpendapat , sholawat wajib dibaca pada tiap² sesuatu majlis .
8. Ibnu Jarir At-Thabari berpendapat , bersholawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja .
9. Ibnu Qashshar berpendapat , bersholawat kpd Nabi adalah suatu ibadah wajib .
Kesimpulannya : Membaca sholawat ke atas Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam adalah suatu amaliah dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-Nya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam
Dalil-dalil Hadis Tentang Sholawat
1. Sabda Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah SHollallohu Alaihi wa-Sallam bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bersholawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
2. Sabda Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam : “ Bersholawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu bersholawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )
3. Sabda Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah SHollallohu Alaihi wa-Sallam bersabda : Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan bersholawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan sholawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
4. Sabda Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Berdasarkan dari hadist² di atas , jelas bahawa membaca sholawat kepada Nabi SHollallohu Alaihi wa-Sallam adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum Muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan . Semoga dengan sentiasa bersholawat ke atas Nabi , Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum Muslimin.