Doa Seorang IBU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

Wahai anak..
Hargailah ibumu
Ambillah kesempatan yang ada dengan berbakti kepadanya
Pada ibumu, ada redha
Pada ibumu, ada makbulnya doa
Pada ibumu, ada syurga yang kita pinta
Pada ibumu, ada kasih sayang setulus jiwa

Wahai anak..
Tataplah wajah ibumu
Kerana ia mengundang pahala dan kebaikan buatmu
Ciumlah tangannya
Kerana tangan itulah yang membelaimu hingga dewasa
Dakaplah ibumu
Kerana tubuh itulah yang sentiasa ada disisimu saat suka dan duka
Hormati dan sayangilah dia
Kerana berkat doa-doanyalah hidupmu sentiasa dirahmati

Wahai anak..
Jika kau tak mampu membanggakan ibumu
Janganlah engkau memalukannya pula
Jika kau tak mampu membuat ibu tertawa
Janganlah pula kau buat ia menangis
Jika kau tak mampu membuatnya gembira
Janganlah pula kau menyakiti hatinya

Wahai anak..
Ucaplah "Saya sayang ibu"
Selagi peluang masih ada

♥ الله♥

♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥

~ 26 Muharam 1434H ~
LihatTutupKomentar