Kalimah Yang Sangat Disukai ALLAH
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
Kalimah Yang Sangat Disukai ALLAH
Wahai pemburu kebaikan, terimalah. Pintu terbuka tak tertutup.
Wahai pelaku dosa dan maksiat. Datanglah dan berharaplah.
Wahai yang merasa tersayat luka oleh dosa-dosa.
Datanglah, pintu ini terbuka. Kedermawanan selalu datang.
Siapakah orang yang tak pernah salah?
Siapakah gerangan manusia yang hanya melakukan kebaikan?
Siapakah manusia yang tak pernah terpeleset jatuh?
Di manakah orang yang tidak pernah bersalah dan tidak mungkin keliru?
Wahai pelaku banyak kesalahan, lupakah engkau bahawa semua manusia memang pelaku kesalahan. Berapa kali engkau putus asa? Berapa kali? Padahal engkau mendengar hadis Rasulullah SAW, "Demi Zat yang diriku ada dalam TanganNYA, andai kalian tidak berdosa, nescaya ALLAH akan melenyapkan kalian..."
Maka, jika engkau berdosa, bertaubatlah dan menyesallah. Dahulu orang tuamu Nabiyullah Adam as telah melakukan dosa. Maka, jika ada orang yang menyerupai perilaku keturunannya, bukanlah sesuatu yang luar biasa tapi lumrah saja. Tapi jangan meniru satu hal saja, bahawa Nabiyullah Adam as telah bersalah. Sedangkan engkau tinggalkan sikapnya yang kembali kepada ALLAH SWT dan bertaubat setelah itu. Ayahmu melakukan kesalahan, tapi ia kembali kepada ALLAH. Demikian penjelasan Al-Qur’an. Wajah-wajah orang yang bertaubat akan cemerlang berkilauan. Saat mereka mendengar panggilan Rabb Penguasa alam, "Andai engkau datang kepadaKU dengan kesalahan sepenuh bumi, nescaya Aku akan menemuimu dengan ampunan seluas langit dan bumi." Maka, sungkurkanlah dirimu di depan pintu. Tengadahkan tanganmu, lalu katakanlah, "Wahai pemberi ampunan..."
Biarkan hidungmu dikotori tanah lalu serulah, "Kasih sayangMU kuharapkan wahai Rabb Pemilik semesta..."
Wahai pelaku kejahatan dan kezaliman. Ketahuilah bahawa titisan air mata penyesalan, akan melenyapkan jejak keterpelesetan kaki dalam dosa. Ketahuilah, engkau berhubungan dengan Yang Maha Menerima Taubat. Yang membuka pintu kembali yang sangat luas di hadapan para pelaku durjana. Yang menurunkan kitabNYA dengan keluasan maaf. Yang kasih sayangNYA melebihi kemurkaanNYA. NamaNYA adalah At-Tawwab (Maha Penerima Taubat). Andai kalian tidak melakukan dosa, nescaya tidak ada penyifatan nama seperti ini di dalam Al-Qur’an untuk diriNYA. Kerana penyifatan tak mungkin ada jika tanpa perbuatan.
Tidakkah engkau tahu, taubat dari dosa itu akan melenyapkan kesombongan. Istighfar akan menyebabkan hancurnya keangkuhan. Jangan ulangi dosa. Akuilah dan diamlah. Sesungguhnya rasa ubat itu pahit. Tapi kelak engkau akan mendapatkan sesuatu yang memudahkan dan tidak berbahaya setelahnya. Hati-hatilah dengan syaitan kerana ia selalu membisikkan penipuan. Mengakui kesalahan. Itu adalah kemuliaan. Berhentilah di depan pintu, katakanlah : "Kami telah bersalah." Katakanlah : "Kami bertaubat." Angkatlah dua tanganmu dan katakanlah : "Kami kembali." "Tidakkah mereka bertaubat kepada ALLAH lalu ALLAH mengampuni dosa mereka. Dan ALLAH Maha Penerima taubat dan Maha Kasih Sayang." [QS 5 : 74]
Maha Suci ALLAH Yang Mengampunkan dosa orang yang melakukan kesalahan. Maha Suci ALLAH Yang menerima taubat orang yang bertaubat. Taubat itu menghapus apapun yang sebelumnya. Berkata Rasulullah SAW, "Sungguh, orang yang bertaubat dari dosa sama dengan orang yang tidak mempunyai dosa.” Ini perkataan yang harus kita terima. Selamat, wahai orang yang bertaubat dan kembali, sebelum tertutupnya pintu. Selamat kepada yang bertaubat dan cepat kembali kepada Tuhan, yang menitikkan air mata, yang tak berdaya di hadapan Rabb manusia.
Sesungguhnya orang yang bertaubat memiliki dua kebahagiaan, dua air mata dan dua senyuman. Kebahagiaan tatkala meninggalkan dosa. Dan kebahagiaan saat bertemu Rabbnya. Air mata yang menitik saat mengingat masa lalu. Dan air mata menitik saat mengingat bagaimana umurnya telah terbuang sia-sia. Senyuman saat mengingat kurnia ALLAH SWT yang menjadikannya bertaubat, dan itu adalah nikmat yang tak ada bandingnya. Dan senyuman tatkala dia merasakan dosa telah meninggalkan dirinya. Taubat menyimpan rahsia-rahsiany a. Mereka yang bertaubat berhak mendapatkan berita rahsia-rahsia itu.
Antara lain, piala penyesalan akan menarik dirinya sedikit demi sedikit, bersamaan dengan jatuhnya butir-butir air mata, hingga dia mendapatkan al-Walayah (pertolongan). Ia akan mengerti bagaimana hakikatnya sebuah ri'ayah (perlindungan).
Kerana ia memahami rahsia ubudiyah (penghambaan). Rahsia taubat juga
ada pada kesibukan beristighfar yang mampu melucuti kesombongan. Orang
yang bertaubat akan berfikir tentang kekurangan dirinya. Sibuk dari
segala bisikan yang menipu kebesarannya. Mungkin saja orang lain tidak
melihat kecuali kebaikan dari dirinya, dan hanya menyaksikan kesolehan
dan keimanannya. Tapi keadaan itu berbeza dengan apa yang ada dalam
hatinya, tentang ketakutan akan akibat yang diterima.
Ketahuilah, menghina diri kerana kekurangan, memandang diri dengan pandangan remeh di hadapan kebesaran ALLAH, tidak meredhai apa yang dilakukan oleh hawa nafsu, akan memunculkan sikap lembut dan kritis. Sikap yang tidak bisa diperoleh melalui puasa bahkan qiam. Tidak juga melalui tawaf di Baitul Haram. Selamat bagi orang yang menyesali dosanya, lalu hatinya tercabik, dan air matanya menitis kerana perbuatan yang tak terkendali. Perkataan paling indah, ungkapan paling baik, bagi Rabb pemilik bumi dan langit, adalah perkataan seorang hamba: "Ya Rabb, aku berdosa. Ya Rabb, aku melakukan keburukan. Ya Rabb, aku bersalah." Nescaya, jawapan yang muncul dariNYA adalah, "HambaKu, AKU telah mengampunimu, memaafkanmu dan menutupi kekuranganmu. Biarkan keningmu terkotori tanah. Serulah : "Wahai Rabbul Alamin...kami bertaubat bersama orang-orang yang bertaubat." Cucilah dosa-dosa besar itu dengan tujuh siraman air mata penyesalan, dan tambahkan pada siraman yang kelapannya dengan debu serta tanah pertaubatan.
♥ الله♥
♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥
~ 19 Muharam 1434H ~
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
Kalimah Yang Sangat Disukai ALLAH
Wahai pemburu kebaikan, terimalah. Pintu terbuka tak tertutup.
Wahai pelaku dosa dan maksiat. Datanglah dan berharaplah.
Wahai yang merasa tersayat luka oleh dosa-dosa.
Datanglah, pintu ini terbuka. Kedermawanan selalu datang.
Siapakah orang yang tak pernah salah?
Siapakah gerangan manusia yang hanya melakukan kebaikan?
Siapakah manusia yang tak pernah terpeleset jatuh?
Di manakah orang yang tidak pernah bersalah dan tidak mungkin keliru?
Wahai pelaku banyak kesalahan, lupakah engkau bahawa semua manusia memang pelaku kesalahan. Berapa kali engkau putus asa? Berapa kali? Padahal engkau mendengar hadis Rasulullah SAW, "Demi Zat yang diriku ada dalam TanganNYA, andai kalian tidak berdosa, nescaya ALLAH akan melenyapkan kalian..."
Maka, jika engkau berdosa, bertaubatlah dan menyesallah. Dahulu orang tuamu Nabiyullah Adam as telah melakukan dosa. Maka, jika ada orang yang menyerupai perilaku keturunannya, bukanlah sesuatu yang luar biasa tapi lumrah saja. Tapi jangan meniru satu hal saja, bahawa Nabiyullah Adam as telah bersalah. Sedangkan engkau tinggalkan sikapnya yang kembali kepada ALLAH SWT dan bertaubat setelah itu. Ayahmu melakukan kesalahan, tapi ia kembali kepada ALLAH. Demikian penjelasan Al-Qur’an. Wajah-wajah orang yang bertaubat akan cemerlang berkilauan. Saat mereka mendengar panggilan Rabb Penguasa alam, "Andai engkau datang kepadaKU dengan kesalahan sepenuh bumi, nescaya Aku akan menemuimu dengan ampunan seluas langit dan bumi." Maka, sungkurkanlah dirimu di depan pintu. Tengadahkan tanganmu, lalu katakanlah, "Wahai pemberi ampunan..."
Biarkan hidungmu dikotori tanah lalu serulah, "Kasih sayangMU kuharapkan wahai Rabb Pemilik semesta..."
Wahai pelaku kejahatan dan kezaliman. Ketahuilah bahawa titisan air mata penyesalan, akan melenyapkan jejak keterpelesetan kaki dalam dosa. Ketahuilah, engkau berhubungan dengan Yang Maha Menerima Taubat. Yang membuka pintu kembali yang sangat luas di hadapan para pelaku durjana. Yang menurunkan kitabNYA dengan keluasan maaf. Yang kasih sayangNYA melebihi kemurkaanNYA. NamaNYA adalah At-Tawwab (Maha Penerima Taubat). Andai kalian tidak melakukan dosa, nescaya tidak ada penyifatan nama seperti ini di dalam Al-Qur’an untuk diriNYA. Kerana penyifatan tak mungkin ada jika tanpa perbuatan.
Tidakkah engkau tahu, taubat dari dosa itu akan melenyapkan kesombongan. Istighfar akan menyebabkan hancurnya keangkuhan. Jangan ulangi dosa. Akuilah dan diamlah. Sesungguhnya rasa ubat itu pahit. Tapi kelak engkau akan mendapatkan sesuatu yang memudahkan dan tidak berbahaya setelahnya. Hati-hatilah dengan syaitan kerana ia selalu membisikkan penipuan. Mengakui kesalahan. Itu adalah kemuliaan. Berhentilah di depan pintu, katakanlah : "Kami telah bersalah." Katakanlah : "Kami bertaubat." Angkatlah dua tanganmu dan katakanlah : "Kami kembali." "Tidakkah mereka bertaubat kepada ALLAH lalu ALLAH mengampuni dosa mereka. Dan ALLAH Maha Penerima taubat dan Maha Kasih Sayang." [QS 5 : 74]
Maha Suci ALLAH Yang Mengampunkan dosa orang yang melakukan kesalahan. Maha Suci ALLAH Yang menerima taubat orang yang bertaubat. Taubat itu menghapus apapun yang sebelumnya. Berkata Rasulullah SAW, "Sungguh, orang yang bertaubat dari dosa sama dengan orang yang tidak mempunyai dosa.” Ini perkataan yang harus kita terima. Selamat, wahai orang yang bertaubat dan kembali, sebelum tertutupnya pintu. Selamat kepada yang bertaubat dan cepat kembali kepada Tuhan, yang menitikkan air mata, yang tak berdaya di hadapan Rabb manusia.
Sesungguhnya orang yang bertaubat memiliki dua kebahagiaan, dua air mata dan dua senyuman. Kebahagiaan tatkala meninggalkan dosa. Dan kebahagiaan saat bertemu Rabbnya. Air mata yang menitik saat mengingat masa lalu. Dan air mata menitik saat mengingat bagaimana umurnya telah terbuang sia-sia. Senyuman saat mengingat kurnia ALLAH SWT yang menjadikannya bertaubat, dan itu adalah nikmat yang tak ada bandingnya. Dan senyuman tatkala dia merasakan dosa telah meninggalkan dirinya. Taubat menyimpan rahsia-rahsiany