RENUNGAN

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

Dalam kita melangkah
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat,
Hingga kita terduduk dan menangis
Peritnya terasa tetapi ketahuilah
Dan renungilah dalam diri kerana
Mungkin air mata tika itu hadir kerana
DIA mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar

Semoga tabah dan tetapkan iman
Biarlah kita keseorangan tanpa berteman
Biarlah malam tanpa sinar rembulan
Biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah
Tetapi jangan biarkan hatimu sunyi
Tanpa sepotong ayat-ayat suci AL-QUR’AN & Zikrullah ♥

♥ ﷲ ♥

~ 3 Zulkaedah 1433H ~
LihatTutupKomentar