ADAB-ADAB SEMASA BERADA DALAM MAJLIS ILMU

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.

ADAB-ADAB SEMASA BERADA DALAM MAJLIS ILMU

1. Berwudhuk.

2. Solat sunat 2 rakaat sebelum majlis (dengan harapan ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan memudahkan kita untuk memahami, mengingati, mengamalkan dan menyampaikan)

3. Pakaian bersih dan menutup aurat.

4. Memakai wangi-wangian.

5. Pandang wajah guru yang mengajar. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut baginda sendiri.

6. Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat ra duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.

7. Anggaplah firman2 ALLAH dan hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama kita mendengarkannya.

8. Duduk rapat-rapat (supaya syaitan tidak mencelah di antara kita dan supaya
ALLAH SWT satukan hati kita dan wujudkan sifat kasih sayang di antara kita). Ketika para Sahabat ra duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka duduk rapat-rapat hinggakan daun yang gugur dari pokok tidak jatuh ke tanah, tetapi jatuh ke riba dan bahu mereka.

9. Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah yang ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)

10. Apabila disebut nama ALLAH, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah.

11. Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. (Malaikat melaknat orang yang tidak berselawat bila nama Baginda disebut)

12. Bila disebut nama para Sahabat atau Sahabiah, kita sambut dengan RadhiAllahu Anhu / Anha.

13. Bila disebut nama orang-orang alim (seperti tabi'en, imam-imam besar dan sebagainya), kita sambut dengan Rahmatullah Alaih.

14. Bila disebut nama musuh-musuh ALLAH (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya), kita dibolehkan menyambut dengan Laknatullah Alaih.

15. Rasa gembira bila disebut tentang syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau tak boleh, cuba latih diri)

16. Jangan mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual atau bersalam-salam bila datang lewat)

17. Menghadiri majlis ilmu adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis ilmu sedang berlangsung, kita digalakkan supaya duduk dalam majlis ilmu dan menggantikan solat tahiyatul masjid dengan zikir "Subhanallah Walhamdulillah Wa lah Ilaha Ilallah Wallahu Akbar" 3 kali.

18. Ta'azeem bil Qalbi (Memuliakan dan membesarkan majlis di dalam hati)

19. Tashdiq wa Yaqin (Membenarkan dan meyakini akan segala yang didengar)

20. Tabligh wa Amal (Mempunyai niat untuk menyampaikan dan mengamalkannya)

21. Off atau silent kan telefon bimbit.

APABILA KITA MENUNAIKAN HAK MENDENGAR, ALLAH AKAN MEMUDAHKAN 3 PERKARA :
1. ALLAH mudahkan ilmu masuk ke dalam hati kita.
2. ALLAH mudahkan kita untuk memahami apa yang kita dengar.
3. ALLAH mudahkan kita untuk bercakap tentang ilmu tadi bila diperlukan.


AGAMA ITU NASIHAT
Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie ra bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Agama itu adalah nasihat. Kami berkata : Untuk siapa? Baginda bersabda : Untuk ALLAH, untuk kitabNYA, untuk RasulNYA, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya.” (Hadis riwayat al-lmam Muslim)

UBAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas ra : “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadah ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada ALLAH ( beribadah ) di sepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

KATA-KATA LUQMAN AL HAKIM MENGENAI MAJLIS ILMU.
“Wahai anakku, sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang-orang yang soleh) dan dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya ALLAH SWT akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana ALLAH SWT menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat ”.

♥ ﷲ ♥

~ 1 Zulkaedah 1433H ~
LihatTutupKomentar