LUBANG HIDUNG TEMPAT SYAITAN ISTIREHAT
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
LUBANG HIDUNG TEMPAT SYAITAN ISTIREHAT
Ramai di kalangan umat Islam mengetahui bahawa syaitan laknatullah ni sering mencari jalan untuk menyesatkan anak-anak Adam as dan sanggup bersusah payah untuk melaksanakan kerja jahatnya itu tanpa memilih tempat atau waktu.
Sebab itulah ALLAH SWT suruh diri kita sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih. Syaitan ini amat pengotor dan berada di mana2 dan sentiasa berusaha demi untuk menyesatkan umat Muhamamad SAW.
Namun, mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa makhluk yang menderhaka kepada ALLAH SWT itu menjadikan lubang hidung kita ini sebagai tempat untuk tidur ketika kita semua sedang lena diulit mimpi.
Sahabat baginda, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud ; “Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya,” – [Riwayat Muslim] (sahih).
Justeru itu, umat Islam diseru agar membersihkan lubang hidung sebanyak tiga kali selepas bangun dari tidur bagi memastikan syaitan-syaitan yang berada di lubang hidung tersebut dinyahkan dari tubuh badan kita.
Kita juga disunatkan untuk membersihkan lubang hidung dengan memasukkan dan mengeluarkan air dari hidung masing-masing ketika berwudhu untuk menunaikan solat.
Semoga kita umat Islam di akhir zaman ini terhindar dari syaitan dan iblis yang sentiasa cuba menyesatkan umat Muhammad SAW sehingga ke hari kiamat.
~ 26 Syawal 1433H ~
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
LUBANG HIDUNG TEMPAT SYAITAN ISTIREHAT
Ramai di kalangan umat Islam mengetahui bahawa syaitan laknatullah ni sering mencari jalan untuk menyesatkan anak-anak Adam as dan sanggup bersusah payah untuk melaksanakan kerja jahatnya itu tanpa memilih tempat atau waktu.
Sebab itulah ALLAH SWT suruh diri kita sentiasa berada di dalam keadaan yang bersih. Syaitan ini amat pengotor dan berada di mana2 dan sentiasa berusaha demi untuk menyesatkan umat Muhamamad SAW.
Namun, mungkin tidak ramai yang menyangka bahawa makhluk yang menderhaka kepada ALLAH SWT itu menjadikan lubang hidung kita ini sebagai tempat untuk tidur ketika kita semua sedang lena diulit mimpi.
Sahabat baginda, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda di dalam hadisnya yang bermaksud ; “Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya,” – [Riwayat Muslim] (sahih).
Justeru itu, umat Islam diseru agar membersihkan lubang hidung sebanyak tiga kali selepas bangun dari tidur bagi memastikan syaitan-syaitan