Wahai Isteri

Taati dan cintai ALLAH dan Rasulullah SAW

Utamakanlah hak suamimu lebih daripada hak-hak yang lain menlainkan hak-hak ALLAH dan RasulNYA.

Sentiasa bersikap malu dan taat kepada suamimu serta berilah perhatian ketika dia bercakap di samping menghormatinya.

Berpuas hatilah dengan apa jua rezeki yang telah diperolehi oleh suamimu daripada ALLAH SWT.

Muliakan ahli keluarga suamimu dan suadara maranya.

Tumpukan perhatian kepada kewajipan dan urusan rumah tanggamu.

Hendaklah kamu menjaga perasaan dan maruah suamimu.

Hiasilah dirimu untuk suamimu sahaja.

Janganlah merasa bangga terhadap suamimu tentang harta, kecantikan dan keturunanmu.

Janganlah keluar daripada rumahmu melainkan dengan izin suamimu.

~ 13 Syaaban 1433H ~
LihatTutupKomentar