MEMBAZIR

Membazir bukan setakat membazir wang atau makanan sahaja tetapi terdapat banyak bentuk pembaziran. Jom baca supaya kita sama-sama faham. ^^

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia, di antaranya :

Pembaziran ilmu pengetahuan iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

Pembaziran amalan iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas.

Pembaziran kekayaan iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai oleh ALLAH SWT.

Pembaziran hati iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada ALLAH SWT.

Pembaziran tubuh badan iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada ALLAH SWT.

Pembaziran cinta iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain ALLAH SWT atau melebihi cinta kepadaNYA.

Pembaziran masa iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

Pembaziran akal iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

Pembaziran zikir iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

~ 2 Ramadhan 1433H ~
LihatTutupKomentar