BINATANG-BINATANG SYURGA

Di dalam syurga itu ada segalanya dan ada beberapa jenis binatang yang tersebut dalam Al-Quran dan Hadist di antaranya :

1.BURUNG

2.UNTA

3.KUDA

4.KAMBING

1.BURUNG DALAM SYURGA>>>

Sekalian jenis burung ada semua juga termasuk ayam. Dari hal burung ini ada sebuah hadist:

Dari Anas bin Malik ra. Mengatakan bahwa Rosululloh Shollallohu alaihi wa-sallam pernah di tanya orang mengenai air Al-Kautsar. Kata Nabi Shollallohu alaihi wa-sallam: iaitu dalam syurga ada sungai yang di berikan Alloh,airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu. Di dalam syurga itu ada burung yang lehernya seperti leher unta....HR. Tirmizi.

Umar bin Khattab ra pernah bertanya: ya,Rosululloh,apakah ada burung dalam syurga itu lunak dagingnya? Jawab Nabi Shollallohu alaihi wa-sallam: Ya ada. Burung-burung dalam syurga itu lunak dagingnya di rasakan waktu di makan..HR. Tirmizi.

2.UNTA DALAM SYURGA>>>

Dari Ibnu Mas'ud ra mengatakan bahwa pada suatu hari ada seseorang mengendarai unta betina yang memakai tali hidung. Kata orang ini; ya Rosululloh,inilah unta fisabilillah. Kata Rosululloh : pada hari kiamat nanti engkau mempunyai tujuh ratus ekor unta betina yang memakai tali hidung....HR. Muslim.

Dari Abi Burdah ra mengatakan bahwa pada suatu hari ada seseorang bertanya kepada Nabi Shollallohu alaihi wa-sallam: ya Rosululloh ,apakah ada unta dalam syurga? Mula-mula Nabi tidak menjawab. Setelah itu dia bertanya: mana orang yang bertanya tadi? Aku ya Rosululloh. Sabda Nabi Shollallohu alaihi wa-sallam: kalau engkau masuk ke dalam syurga , maka engkau akan mendapatinya dan akan memperoleh apa-apa yang engkau sukai....HR. Muslim.

3.KUDA DALAM SYURGA>>>

Ada seseorang bertanya kepada Nabi Shollallohu alaihi wa-sallam: apakah ada kuda dalam syurga? Jawab Nabi Shollallohu alaihi wa-sallam: jika engkau di masukkan Alloh ke dalam syurga maka engkau akan menunggang kuda dari yakut merah. Engkau menungganginya ke mana suka.....HR. Tirmizi.


Di dalam hadist Al Bara'i Nabi mengatakan bahwa di dalam syurga itu orang selalu menunggangi kuda tangkas lagi luat lari kuda itu bukan main cepatnya. Dalam menafsirkan hadist ini Hasan Basri mengatakan: di waktu memasuki pintu syurga iaitu mereka di sambut oleh wildan,iaitu anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Anak-anak ini menunggang kuda dari yakut merah dan bulunya terbuat dari emas. Nabi mengatakan bahwa di dalam syurga itu orang berpergian ke mana suka mengendarai Unta Muthiah dan Kuda Najib. Dan pada hari lainnya mereka menunggangi kuda berpelana dan bertali kekang. Kuda ini tidak pernah buang air besar dan kencing. Orang akan menungganginya kemana suka.....HR. Tirmizi.


4.KAMBING DALAM SYURGA>>>

Dari Abdullah Ibnu Umar ra. Mengatakan Rosululloh Shollallohu alaihi wa-sallam bersabda: kambing itu adalah binatang syurga...HR. Tirmizi.

Perbaiki kambingmu dan buanglah cemar-cemarnya karena kambing itu adalah binatang syurga....HR. Bazar.

Sahabat fillah....

Dari dalam Al-Qur'an dan Hadist hanya itu binatang yang di sebutkan.meskipun tidak disebutkan semua jenisnya,namun di dalam syurga itu semua ada.WAllohu'alam....

Semoga ada manfaat dan menambah pengetahuan kita mengenai syurga yang di janjikan Alloh untuk orang-orang beriman....senyum santun erat ukhuwah islamiyah....
Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik
LihatTutupKomentar