Doa suci

Allahumma Ya Allah, kami adalah hamba-hamba yang dhaif, yang miskin, yang faqir, yang datang ke tanah yang mulia ini Ya Allah, menadah tangan di hadapan Mu Ya Rahman. Di padang Arafah yang mulia Ya Rabbi, pada hari wukuf umat Nabi Mu Saidina Muhammad S.A.W.

Allahumma Ya Allah, kami mengucap syukur kepada Mu yang telah memudahkan kedatangan kami kemari.
Sungguh kami tidak layak datang ke tempat yang suci ini, tetapi Engkau telah memudahkan kami.
Maka kami memohon kepada Mu Ya Allah, mudahkanlah kami mendapat keampunan Mu, mudahkanlah kami mendapat taubat Mu, mudahkanlah kami mendapat keredhaan Mu, mudahkanlah kami mendapat keselamatan dari Mu, mudahkanlah kami daripada hidup dunia dan akhirat.

Allahumma Ya Allah, kami datang dari negeri yang jauh, meninggalkan rumah tangga kami, kaum keluarga kami, anak-anak kami, sekelian harta benda kami. Kami datang semata-mata menyahut panggilan Mu

Ya Allah. Terimalah kedatangan kami Ya Rahman, terimalah kedatangan kami Ya Rahim, terimalah kedatangan kami Ya Ghafur. Kami mengakui kami datang dengan penuh kekotoran, kami datang dengan berlumuran dosa yang banyak dengan kesalahan yang bertimbun.

Ya Allah kami tidak layak untuk syurga Mu, tetapi kami tidak mampu menanggung azab neraka Mu. Kurniakanlah kami keampunan Mu. Sesungguhnya Engkaulah yang mengampunkan dosa-dosa kami Ya Allah. Rahmat Mu lebih luas dari dosa-dosa kami. Engkau telah berjanji melalui lisan Rasul Mu, Sadiqul Amin, Saidina Muhammad S.A.W bahawa Engkau membukakan pintu Rahmat Mu, Engkau membukakan pintu taubat Mu, Engkau membebaskan hamba-hamba Mu dari neraka. Maka dengan penuh rasa hina, dengan penuh rasa rendah diri, menadah tangan kami di hadapan Mu.
Ya Allah kami mengharapkan sekelian anugerah-anuger
ah itu. Curahkanlah rahmat Mu kepada kami, karuniakanlah kepada kami taubat nasuha. Golongkan kami dari golongan yang dibebaskan dari api neraka.

Allahumma Ya Allah, sesungguhnya kami hamba Mu yang banyak melakukan kesalahan, kami hamba Mu yang banyak lalai dari perintah Mu, kami hamba yang banyak melanggar larangan Mu. Ya Allah kami yakin dengan rahmat Mu, bahawa rahmat Mu terlebih luas dari dosa-dosa kami.

Allahumma Ya Allah, dengan itu janganlah Engkau tutupkan pintu rahmat Mu dari kami. Niscaya tiada pintu yang dapat
kami mengadu Ya Allah. Engkau telah berjanji melalui lisan Rasul Mu “Uduuni as tajib lakum” iaitu “Mohonlah kepada Ku akan Aku kabulkan”. Sekarang kami bermohon kepada Mu Ya Allah, maka kabulkan permohonan kami, ampunkanlah sekelian dosa-dosa kami. Ampunkanlah sekelian kesilapan dan kesalahan kami, dosa-dosa yang zahir dan yang batin. Ampunkanlah dosa-dosa yang besar dan yang kecil. Ampunkan dosa yang kami lakukan dengan sengaja dan tidak sengaja. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang telah kami bertaubat kemudian kami lakukan dan ulangi kembali. Ampunkanlah dosa-dosa yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui dan dosa-dosa kami yang hanya Engkau sahaja yang mengetahuinya.
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa kami semuanya Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Allahumma Ya Allah, ampunkanlah juga dosa-dosa ibu bapa kami, ampunkanlah ibu bapa kami, di padang Arafah yang mulia ini. Kami mohon pada Mu Ya Allah, dengan rahmat dan belas kasihan Mu. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami. Ya Allah mereka telah banyak bersusah payah untuk membesarkan kami. Kami tidak mampu membayar jasa mereka Ya Allah. Ya Allah di antara mereka adalah hamba-hamba Mu yang telah kembali kepada Mu Ya Allah. Ya Allah terimalah kembalian mereka kepada Mu, Ya Allah terimalah kembalian mereka kepada Mu.

Ya Allah luaskanlah kubur-kubur mereka, janganlah Engkau azabkan mereka di dalam kubur. Ya Allah, Engkau telah berjanji mengabulkan doa anak yang soleh untuk ibu bapanya. Kami mengaku Ya Allah, kami bukan tergolong dari anak yang soleh, tetapi dengan rahmat Mu Ya Allah, dengan belas kasihan Mu yang luas, pada hari ini Ya Rahman jadikanlah ibu bapa kami berbahagia di dalam alam barzakh, jadikan kubur-kubur mereka satu taman dari Taman Syurga. neraka. mereka. Janganlah Engkau jadikan kubur-kubur mereka satu kawah Ya Allah sesungguhnya kami tidak mampu membalas jasa Ya Allah mereka sanggup berlapar dan berdahaga kerana kami, Ya Allah mereka sanggup berjaga malam kerana menjaga kami Ya Allah. Ya Allah sungguh kami tidak mampu membalas jasa mereka Ya Rahman, tinggikanlah darjat mereka di sisi Mu Ya Rahim. Ya Allah di antara ibu bapa kami yang masih bersama kami Engkau panjangkanlah usia mereka dalam sehat walafiat. Jadikanlah umur mereka dalam taat beribadat kepada Mu. Murahkanlah rezeki mereka yang halal lagi yang diberkati. Jadikanlah mereka hamba yang Engkau tinggikan darjatnya Ya Rabbi.

Allahumma Ya Allah, demikian juga Engkau ampunkan dosa-dosa guru-guru kami, mereka yang telah mendidik kami dan telah membimbing kami kejalan Mu yang Engkau redhai. Jadikanlah mereka orang yang Engkau terima amalannya.
Dan ampunkanlah kesilapan dan kekurangan mereka. Ya Allah ampunkanlah sekelian mereka yang telah berjasa kepada kami dan sekelian kaum muslimin dan muslimat, yang hidup mahu pun yang telah mati.

Allahumma Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami adalah hamba-hamba Mu, kami datang daripada Mu dan akan kembali kepada Mu. Ya Allah, sebagaimana kami datang ke dunia seorang diri begitu juga kami akan kembali kepada Mu seorang diri.
Ya Allah ketika Engkau hendak mengambil nyawa kami Ya Allah, kami mohon kepada Mu Ya Rahman,
ambillah nyawa kami dalam keadaan iman dan islam. Ambillah nyawa kami setelah kami mengucap kalimah syadadah:
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bermohon kepada Mu dengan penuh rasa rendah diri. Di saat nyawa kami hendak dicabut dari tubuh kami, kami mohon belas kasihan Mu Ya Allah, kami mohon rahmat Mu Ya Rahman, sungguh kami khuatir di dalam keadaan sakaratul maut, sungguh kami bimbang di dalam keadaan sakaratul maut. Ya Allah, di padang Arafah yang mulia ini, kami mohon rahmat Mu Ya Allah. Janganlah Engkau melupai kami, ketika kami di sakaratul maut.
Ya Allah ampunkanlah kami di sakaratul maut, lindungilah kami dari gangguan syaitan ketika sakaratul maut.
Ya Allah, jadikanlah kami mudah di dalam sakaratul maut.

Ya Allah, Ya Rahman, jika Engkau hendak mengambil kami, ambillah setelah kami menunaikan semua perintah Mu dan setelah kami menunaikan semua kewajipan kami kepada hamba-hamba Mu, pada hari Jumaat, pada bulan Ramdhan, sedang kami sujud atau mati syahid, di sisi Rasul Mu di Kota Madinah Al Munawarah, sedang Engkau redha kepada kami.
Ya Allah kami sedar, kami tidak layak dengan seumpama doa seperti ini, tetapi rahmat Mu sungguh luas Ya Allah.
Maka pandanglah kepada kami dengan rahmat Mu. Janganlah Engkau pandang kepada kami dengan amalan kami, niscaya banyak yang rusak Ya Allah.

Ya Allah, Ya Rahman, perbaikilah amalan-amalan kami. Jadikanlah amalan-amalan kami amalan yang ikhlas mencari
keredhaan Mu, bukan amalan yang riya’, menunjuk atau megah, bukan amalan orang yang Engkau murkai Ya Rahman.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami mohon ampun kepada Mu daripada amalan yang kami lakukan dengan ikhlas tetapi akhirnya bercampur dengan riya’. Ya Allah kami mengaku kelemahan iman kami Ya Allah, kadang kala kami dikuasai oleh nafsu dan syaitan, sehingga amalan kami bercampur dengan berbagai-bagai tujuan Ya Allah.

Ya Allah maafkanlah kami, jikalau Engkau tidak memaafkan kami, niscaya kami akan tergolong dari orang yang rugi, yang akan dicampakkan kembali amalan-amalan kemuka kami.

Allahumma Ya Allah, bersihkanlah hati kami Ya Rahman. Sesungguhnya Engkaulah sahaja yang dapat membersihkan hati kami, tiada yang membersihkan hati kami melainkan Engkau Ya Allah. Ya Allah bersihkan hati kami daripada ‘ujub dan sum’a, bersihkan hati kami daripada lalai dalam solat, bersihkanlah hati kami daripada sombong dan takabur, bersihkanlah hati kami daripada sikap bakhil dan kedekut, bersihkan hati kami daripada hasad dan dengki, bersihkan hati kami daripada buruk sangka kepada saudara Islam kami. Ya Allah bersihkanlah hati kami dari segala sifat-sifat yang tercela.

Allahumma Ya Rahman, bersihkanlah hati kami dan hiaskanlah hati kami dengan tawadhu Ya Rahman.
Allahumma Ya Allah, kurniakan kami solat yang khusu’. Ya Allah
dapatkanlah kami menitiskan air mata dalam solat pada Mu Ya Allah.
Dapatkanlah kami menitis air mata dalam sujud pada Mu Ya Allah.
Jadikanlah kami orang yang khusu’ dalam solat pada Mu Ya Allah.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakan kami kelazatan dalam solat pada Mu
Ya Allah, bukan untuk bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk Ya Rahim.

Ya Allah kurniakanlah kami ilmu yang menjadikan kami hamba Mu yang soleh, bukan seperti iblis dan syaitan yang ada ilmu tetapi tidak beramal dengannya. Ya Allah Ya Rahman, jadikan ilmu yang Engkau kurniakan kepada kami sebagai petunjuk dan penyuluh jalan yang benar kepada jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat seperti para Nabi dan Rasul, Anbia dan Syuhada, Saadiqin dan Solihin.

Allahumma Ya Allah, kurniakanlah kami sekelian rezeki yang halal, jadikanlah pencarian kami, pencarian yang halal.
Jadikanlah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami sebagai pembantu kami dalam melaksanakan perintah-perintah Mu dan mencari keredhaan Mu. Dan janganlah Engkau jadikan rezeki itu sebagai menambahkan kami dalam kelalaian dan kemaksiatan.

Allahumma Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kami petunjuk kejalan yang benar. Pimpinlah kami Ya Allah, janganlah Engkau lepaskan kami Ya Allah, walau pun sekelip mata Ya Rahman, nescaya kami akan tertipu dengan syaitan. Sungguh iman kami sangat lemah Ya Allah. Bantulah kami Ya Rahman, bantulah kami Ya Rahim. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengarkan permohonan hamba-hamba Mu Ya Rahim.

Allahumma Ya Allah, apabila Engkau telah membawa kami ke Tanah Suci Mu ini Ya Allah, maka kami mohon pada Mu mudahkanlah kami mendapat anugerah Mu Ya Allah. Anugerah yang Engkau telah janjikan kepada mereka yang datang ke Tanah Suci Mu ini Ya Allah, anugerah itu tidak lain dan tidak bukan ialah Haji yang Mabrur. Ya Rahman karuniakan kami sekelian Haji yang Mabrur. Karuniakan kami dan umat Islam yang berwukuf di padang Arafah pada hari ini Haji yang Mabrur Ya Allah. Ya Allah sungguh kami tidak layak untuk mendapat Haji yang Mabrur, sungguh kami tidak layak untuk
mendapatkan anugerah yang begitu tinggi dan mulia oleh kerana kekurangan kesabaran kami dan kejahatan kami, tetapi rahmat Mu Ya Rahman, kami harapkan rahmat Mu Ya Rahim. Karuniakanlah kami semua dan umat Nabi Muhammad S.A.W, Haji yang mabrur, haji yang membersehkan kami dari dosa-dosa kami, seperti anak yang baru dilahirkan oleh ibunya. Haji yang akan menjadi teman kami di dalam kubur kami, haji yang akan menjadi teman kami di Yaumal Masyar, haji yang akan menjadi teman di Jembatan Sirat, haji yang akan melindungi kami dari api neraka, haji yang akan membawa kami ke Syurga Mu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami haji yang ikhlas bukan haji yang riya’ atau megah, bukan haji yang melancung atau menunjuk-nunjuk.

Allahumma Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, apabila telah sampai masanya untuk kami kembali kepada Mu, apabila telah sampai saatnya untuk kami terpisah jasad dengan roh, maka ketika roh kami berpisah dari jasad kami, rahmatkanlah roh kami Ya Allah, kumpulkanlah roh kami bersama arwah yang solihin.

Allahumma Ya Allah, ketika jasad kami dimandikan manusia, ketika jasad kami dicurahkan air oleh manusia, maka tutupkanlah keaiban dan kecacatan kami Ya Allah. Janganlah Engkau bukakan kecacatan kami, nescaya kami malu Ya Rahman. Ya Allah Ya Tuhan kami, mudahkan mayat kami disembahyangkan oleh orang-orang yang solihin, mudahkanlah
mayat kami disembahyangkan oleh orang-orang yang takwa. Ya Allah Ya Tuhan kami, ketika mayat kami dimasukkan ke dalam lobang kubur, ketika papan keranda menutupi kami, ketika tanah menutupi kami Ya Allah, ketika saudara-mara meninggalkan kami, ketika kami seorang diri dalam kubur Ya Rahman, janganlah Engkau lupakan kami Ya Allah ketika manusia melupakan kami Ya Rahim. Ya Allah Ya Tuhan kami, luaskanlah kubur kami. Jadikanlah kubur kami satu taman syurga. Janganlah Engkau jadikan kubur kami satu kawah api neraka. Ya Allah masukkanlah bau-bauan surga ke dalam kubur kami Ya Allah, masukkanlah bau-bauan syurga ke dalam kubur kami Ya Rahim.

Allahumma Ya Allah, jadikanlah kami dalam kubur seperti mana yang dijanjikan Rasul Mu bagai pengantin yang sedang nyenyak tidur Ya Rahman. Ya Allah sungguh kami bimbang dengan azab kubur dan kami sedar amalan kami yang kurang untuk mempertahankan kami dari azab kubur Ya Allah, kalau tidak dengan rahmat Mu, niscaya kami tidak ada yang dapat membantu kami. Sesungguhnya amalan kami tiada Ya Rahim, amalan yang ada sedikit itu adalah kepunyaan Mu Ya Allah.

Allahumma Ya Allah, Ya Rahman, ketika Engkau bangkitkan kami di Yaumal Masyar, maka himpunkan kami bersama-sama umat Nabi Muhammad S.A.W, di bawah panji-panji Saidina Muhammad S.A.W. Ya Allah, Ya Rahman, kurniakanlah kami supaya dapat minum daripada telaga Saidina Muhammad S.A.W, minuman yang tidak akan haus buat selama-lamanya.
Ya Allah, kurniakanlah kami dapat bertemu dan bersua dengan Rasulullah S.A.W. Ya Allah, lindungi kami di bawah a’rash Mu Ya Allah, pada hari yang tidak ada lindungan melainkan lindungan a’rash Mu Ya Rahman. Ya Allah Ya Tuhan kami berilah Kitab Amalan kami dalam tangan kanan kami, Ya Allah janganlah Engkau berikan Kitab Amalan kami dalam
tangan kiri kami, nescaya tergolong kami daripada golongan orang-orang yang mendapat celaka. Ya Allah selamatkan kami daripada huru-hara Yaumal Masyar. Ya Allah kepanasan di padang Arafah tidak mampu kami menanggungnya bagaimana pula kepanasan Yaumal Masyar Ya Allah. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah janganlah Engkau biarkan kami dipanasi di Yaumal Masyar, bantulah kami, kasihanilah kami, mudahkanlah hisab kami Ya Allah, mudahkanlah Ya Allah, janganlah Engkau teliti akan amalan kami, nescaya banyak yang rosak Ya Allah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim kurniakanlah kami syurga Mu tanpa hisab. Mudahkanlah kami menyeberang Jambatan Sirat, janganlah kami digelincirkan ke dalam
neraka Ya Allah, nescaya kami jatuh ke dalamnya. Sedangkan api di dunia kami tidak sanggup menahannya, bagaimana pula api di neraka Ya Allah. Ya Allah, janganlah Engkau azabkan kami dalam neraka Mu Ya Rahman.
Ya Allah, masukkanlah kami di dalam golongan yang Engkau bebaskan dari api neraka. Ya Allah masukkanlah ibu bapa kami, guru-guru kami, kaum keluarga kami, anak cucu kami, keturunan kami dan sekelian muslimin muslimat dalam golongan yang Engkau bebaskan dari api neraka Ya Allah. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kami sungguh tidak pandai berdoa. Kami mohon pada sekelian kebaikan yang pernah dimohon oleh Rasulullah S.A.W dan kami perlindungan dengan Mu Ya Allah dari segala yang pernah dimohon pelindungan oleh Rasulullah S.A.W.

Allahumma Ya Allah, bantulah sekelian muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Ya Allah bantulah kaum muslimin muslimat yang teraniaya, yang dizalimi di bumi Palastin, di bumi Checnya, di bumi Kashmir, di bumi Burma, di mana-mana umat Islam berada. Ya Allah, musuh-musuh Islam melakukan penganiayaan terhadap umat Islam. Umat Islam hanya berpeluk tubuh sahaja. Dunia Barat hanya mentertawakan. Ya Allah, sungguh lemah kami, Ya Allah sungguh hina kami, Ya Allah janganlah Engkau jatuhkan marwah kami di hadapan musuh-musuh kami Ya Allah. Ya Allah di padang Arafah yang mulia ini, kami menadahkan tangan kepada Mu, Ya Allah dengan meletakkan penuh harapan kepada Mu, Ya Allah hancurkan musuh-musuh Islam, binasakan musuh-musuh Islam dan jadikanlah senjata-senjata mereka memakan diri mereka.

Ya Allah tunjukkanlah kekuatan Mu kepada mereka, Ya Allah tunjukkanlah keperkasaan Mu kepada mereka, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka bahawa tiada tuhan melainkan Engkau Ya Allah, bahawa tiada kuasa melainkan hanya Engkau Ya Allah. Ya Allah binasakan kaum Yahudi, binasakanlah kaum Russia yang membunuh umat Islam, binasakanlah kaum Serbia, binasakanlah sekelian kaum kuffar yang menganiayai umat Islam. Ya Allah Engkau sahajalah yang berkuasa, Engkau sahajalah yang dapat melindungi mereka umat Islam. Tiada daya dan upaya melainkan hanya kami
bermohon kepada Mu Ya Allah, Ya Tuhan yang menggerakkan awan yang menurunkan kitab yang membinasakan musuh-musuh, binasakanlah mereka yang dengki dan khianat kepada kaum muslimin. Terlungkupkanlah mereka, hancurkanlah mereka Ya Allah. Ya Allah, Ya Rahman sucikanlah Baitul Maqdis dari tangan Yahudi. Sucikanlah Masjid Aqsar dari tangan Yahudi, sucikanlah qiblat muslimin yang ketiga. Ya Allah kembalikan Baitul Maqdis kepada Khalifah Islam. Ya Allah tiada kuasa yang dapat mengembalikan melainkan Engkau. Ya Allah satu padukanlah pemimpin Islam, sedarkan kewajipan mereka untuk menjalankan perintah Mu, berhukum dengan syariat Mu dan sunnah Rasul Mu. Ya Allah sedarkanlah pemimpin-pemimpin Islam daripada kelalaian dunia, bermabuk dengan dunia, daripada perpecahan, daripada perbalahan, daripada bermegah-megah.

Allahumma Ya Allah, sedarkanlah ulama-ulama Islam. Jadikanlah mereka berdiri dengan kalimah yang benar.
Jadikanlah mereka berkata dengan yang benar. Jadikanlah mereka menyampaikan dengan yang benar. Jadikanlah mereka ulama-ulama yang memimpin umat Islam ke jalan yang benar.

Allahumma Ya Allah, hari ini kami melihat dunia Islam seperti pokok yang dibakar, seperti pokok yang ditebang-tebang dahan-dahan dan ranting-rantingnya. Ya Allah, kami tidak berdaya. Ya Allah kami mohon bantuan Mu Ya Rahman, kami mohon bantuan Mu Ya Rahim, di padang Arafah yang mulia ini, tolonglah kami Ya Allah. Tolonglah kami umat Islam. Kembalikan seluruh umat Islam ke jalan yang benar, kembalikan umat Islam ke jalan yang hak, kembalikan umat Islam ke
jalan di atas landasan Al-Quran dan sunnah Rasul Mu dan di atas perjuangan sahabat-sahabat.

Allahumma Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, kami telah bermohon kepada Mu, hanya Engkaulah sahaja yang dapat mengabulkan, kami meletakkan harapan kepada Mu Ya Allah. Janganlah Engkau tolak harapan kami Ya Rahim.

Allahumma Ya Allah, di antara kami yang lemah Engkau kuatkan antara kami yang sakit Engkau sembuhkan, antara kami yang berhutang Engkau lunaskan, antara kami yang sempit Engkau lapangkan, antara kami yang susah Engkau senangkan, antara kami yang miskin Engkau kayakan, antara kami yang jahil Engkau ajarkan, antara kami yang berdosa Engkau ampunkan, antara kami yang bujang Engkau jodohkan dengan jodoh yang baik, antara kami yang mempunyai berbagai-bagai hajat dunia dan akhirat Engkau kabulkan.

Amin Ya Allah Ya Rabbal'alamin...
LihatTutupKomentar