Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206)
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).
Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan ALLAH SWT. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar”.(Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)
Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam :
Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.
Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya , baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya
atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang
itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.
Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.
Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain. Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama.
Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah. Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sung guh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.
Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud : “Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan ALLAH SWT harta benda dan membelanjakanny a
kepada perkara kebajikan. Kedua keadaan orang yang dikurniakan ilmu
pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya” . (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sung guh
semoga ALLAH SWT mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia
menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh
dua orang itu.
Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sung guh bagi mendapatkan nikmat ALLAH SWT dan menggunakannya kepada perkara yang diredaiNYA.
♥ ﷲ ♥
♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥
~ 30 Muharam 1433H ~
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekelian alam.
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat.
Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).
Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan ALLAH SWT. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar”.(Riwayat
Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam :
Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.
Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya
Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.
Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain. Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama.
Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal. Ia dikenal sebagai ghibtah. Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sung
Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud : “Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan ALLAH SWT harta benda dan membelanjakanny
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sung
Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sung
♥ ﷲ ♥
♥ ALLAH SWT MELIHAT ♥ ~ ♥ MALAIKAT MENCATAT ♥
~ 30 Muharam 1433H ~