WAHAI DIRI, SEDARLAH
7 Destinasi Pengembaraan Roh
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
Wahai diri, pernahkah kau menyedari betapa beruntungnya dirimu jika kau mengetahui hakikat kehidupanmu dan menelusi limpahan kasih ALLAH SWT buatmu?
Pernahkah kau menyedari betapa banyak kebaikan dan keajaiban yang berlaku
dalam hidupmu sedangkan tak pernah kau meminta dariNYA dalam doamu.
Pernahkah kau menyedari betapa banyaknya harapan jua permintaanmu yang kau lafazkan atau yang terpendam di hatimu diperkenankan olehNYA tanpa syarat.
Pernahkah kau menyedari biarpun doamu tidak terjawab seperti yang kau minta dan rayu, DIA telah menggantikanya dengan sesuatu yang lebih baik dari itu untukmu.
Pernahkah kau menyedari akan besarnya limpahan kebaikan yang menyelimuti hidupmu atas sifat KasihNYA sedang terlalu sedikit kesyukuran yang kau sembahkan padaNYA.
Pernahkah kau menyedari betapa sedikitnya kesulitan yang kau rasai berbanding lautan kesenangan yang kau kecapi dan kau masih merungut dan tidak sabar menghadapinya.
Pernahkah kau menyedari akan seringnya kesulitanmu yang sedikit itu digantikan dengan kesenangan yang kau raikan dan kau masih selalu melupaiNYA.
Pernahkah kau menyedari betapa sedikit zikirmu, syukurmu, amalanmu yang kau hamparkan buatNYA sedangkan DIA masih setia memberi dan memberi padamu.
Pernahkah ada sesiapa yang mengasihimu sehebat kasihNYA, menjagamu seperti penjagaanNYA, bersabar denganmu seperti sabarnya DIA?
Wahai diri, zahirkan syukurmu dengan anggota, dengan menggunakannya untuk beribadat khusus padaNYA, dengan membantu saudaramu yang memerlukan, dengan menjadikan dunia penuh dengan kebaikan, dengan mengisi harimu untuk perjuangan.
WAHAI DIRI, SEDARLAH ....!!!
~ 9 Syawal 1433H ~