Sejernih Hati Orang Yang Beriman

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh

بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Sejernih Hati Orang Yang Beriman

"Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan (mengatur takdirnya) kerana yakin dengan jaminan dan janji ALLAH SWT. Bukan menafikan usaha namun setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredhaan ALLAH SWT. Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH SWT sentiasa bersamanya. Mempercayai jaminan ALLAH SWT dan meyakini kebenaran janjiNYA. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkanNYA. Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan.

Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.
Kala mengingat ampunan, hatinya berdebar.
Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.
Kala mengingat cela, hatinya gementar.
Kala mengingat perhatian dan pemeliharaan ALLAH SWT, hatinya bahagia.
Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira.
Kala mengingatNYA, hatinya berharap-harap cemas.
Kala disapa gundah, hatinya tenang ALLAH bersama.
Kala merindukan ALLAH, ia larut dalam lautan anugerah
dan lebih mengharapkan kurniaan di sisiNYA.

Ia sentiasa gelisah, khuatir imannya hilang.
Kesedihan terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara di dunia.

Ia tenggelam dalam rasa malu setelah menginsafi kebaikan dan kelembutanNYA, keindahan tatapanNYA, keutamaan balasanNYA dan kesempurnaan ciptaanNYA, sementara dirinya jauh dari ALLAH, melanggar hak-hakNYA dan bermaksiat kepadaNYA.

Berkat keagungan dan kasih sayang ALLAH,
Ia dijaga, dipelihara dan dilindungi.
Ia bahagia kerana ALLAH telah membuka pintu hatinya, memuliakannya dengan ibadah, dan mendekatkannya kepadaNYA, sehingga ia benar-benar mengabdi.

Ia juga tak pernah menyalahkan ALLAH atas segala musibah.
Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada ALLAH.
Ia tahu benar bahawa ALLAH itu Al Qarib.. Maha Dekat, Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus, Maha Mensyukuri, Maha Terpuji, Maha Luhur, Maha Esa, Maha Kekal,Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan,Maha Mulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tak pernah mati,Maha Lembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun,Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan, Maha Baik, dan Maha Penganugerah.

AnugerahNYA begitu luas, kebaikanNYA begitu abadi dan keagunganNYA begitu nyata.."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi ra]

~ 10 Syawal 1433H ~
LihatTutupKomentar