Nah. Rasulullah sudah berpesan. Jadi, apa tindakan kita?

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

Umur semakin meningkat, hitungan umur semakin bertambah tetapi amalan masih juga cukup-cukup makan, tiada bertambah seiring bertambahnya usia.

Padahal kita, semakin hari, semakin 'selesa' dengan kehidupan dunia. Allah.

Kita saban hari seperti mahu 'mengekalkan' hidup di dunia, enggan melepaskan apa yang telah ada.

Nikmat yang diberi sudah dianggap tidak ubah seperti 'harta' sendiri. Betapa kita, sudah berpenyakit! Parah benar penyakitnya!

Itulah dia penyakit, cinta akan dunia, takut akan mati!

Rasulullah s.a.w bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya, "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?". Nabi menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (H.R. Abu Daud)

Nah. Rasulullah sudah berpesan. Jadi, apa tindakan kita?
LihatTutupKomentar