Sabar Ketika Marah

Marah adalah salah satu sifat mazmumah yang harus di jauhi supaya kita tidak termasuk dikalangan orang yang memilikmi sifat tercela. Sesiapa yang tidak dapat mengawal perasaan marah sebenarnya ia sedang dikuasi oleh hawa nafsu. Banyak keadaan marah boleh mendatangkan perkara buruk. Apabila seseorang itu marah, ia dibantu oleh syaitan. Syaitan adalah musuh utama manusia yang berjanji kepada ALLAH SWT untuk menggoda dan memesongkan anak cucu Adam.

Jangan marah nanti hati akan mengeras
Jangan marah nanti kewibawaanmu hilang
Jangan marah nanti syaitan akan menuntunmu berbuat kezaliman
Jangan marah nanti seluruh kedut2 diwajahmu muncul dan kau akan kelihatan tua

Hadiah terbaik bagi mereka yang menyakiti hati kita adalah kemaafan.
Sabar itu INDAH tetapi bukannya mudah.
Marah itu MUDAH tetapi kesannya tidak INDAH.
Maaf itu SUSAH tetapi kesannya sangat besar.
Semuanya boleh di laksanakan hanya kerana ALLAH.

Sekadar satu pesanan kepada sahabat2 yang dikasihi juga buat diriku sendiri....

~ 19 Ramadhan 1433H ~
LihatTutupKomentar