Meniti Jalur Dakwah
Cerita dakwah adalah cerita indah . Jalannya penuh liku dan cabarannya menuntut pengorbanan. Tidak ada yang lebih indah dalam kehidupan seorang pendakwah apabila dengan izin ALLAH SWT orang yang didakwah berubah.
Kerja dakwah adalah kerja mulia . Tanpa dakwah ajakan tidak akan berlaku dan seruan tidak akan terjadi. Dakwah bukan sekadar menjentik minda tetapi perlu juga menjentik hati. Kalimah dakwah bukan sahaja berfikir tetapi membimbing manusia merasa kebenaran. Jalur dakwah adalah jalur terbaik membimbing manusia berubah.
Kerja dakwah adalah tugas kita, memberi hidayah adalah kerja ALLAH SWT. Apabila orang tdak berubah, mungkin cara kita tidak kena. Orang tidak harus dipersalahkan. Apa yang penting PUTUS ASA tidak ada dalam diri kita.
Selagi prinsip ini menjadi tunjang seorang Murabbi dan Da'ie, gerak kerja dakwah akan terus subur dan Islam akan terus bangkit membawa perubahan ~..(✿◠‿◠).
~ 10 Ramadhan 1433H ~